Ogos, 31 2010 - genap 53 tahun negara ku merdeka. terdetik di hati beberapa isu tentang jatidiri ini. 'apakah aku bebas dari penjajah sepenuhnya?'
Merujuk pada persoalan di atas, aku rasa aku sendiri tersangat2 la belum merdeka dari segi minda dan perlakuan. benar kata orang2 tua, budak zaman sekarang tak hargai kemerdekaan kerana tak pernah hidup zaman sebelum merdeka, malahan kita sendiri bukan hidup zaman pasca merdeka iaitu zaman selepas kemerdekaan, zaman negara kita masih terkial2 untuk menjadi sebuah negara yang bebas penjajah sepenuhnya. nikmat mengecapi kemerdekaan pada kita si kelahiran 80an dan seterusnya tidak di rasai kerana kita lahir di zaman negara yang maju memacu ke arah permodenan. (zulfo???apakah???)
agak bosan jugak la kalau baca bende2 yg aku tulis kt atas ni, cubaan bermonolog paling skema dari aku la kot. hahaha...senang ckp la, aku terfikir yg byk bende yg aku masih di belenggu dengan budaya barat. so this time aku nk fokus kpd contoh paling mudah, iaitu MUZIK. bg aku sendiri pun, memang straight to western la my choice of music (penggunaan bahasa rojak yang
tak di galakkan). ntah knp lagu2 rock dari barat mudah melekat dgn jiwa ni. mungkin sebab kita ni generasi MTV, bawaan barat. sesuatu benda yg aku benci nk terima yg aku hidup di zaman MTV. Cuma aku gembira sikit pasal aku tak terikut2 dgn budaya pop ciptaan MTV, Wonder Girl meletup, semua org nk pakai ringtone lagu No Body atau Justin Bieber (nmpk mcm lesbian even die laki?) top dengan lagu Baby, semua org nkpost lagu tu kt Fb. Itu sekadar beberapa contoh yg plg tipikal lately. sng ckp bg aku, i hate pop culture, but i do listen to some pop music. (ni da lari topik pulak.hahaha...) ok2, back to the main story, rakyat Malaysia jelas masih di jajah dari segi muzik oleh barat (termasuk la aku).
Revolusi muzik indie lokal lately ni at least bgus jugak pasal dapat tarik perhatian peminat muzik lokal dari terus mendewa2 kan pemuzik luar negara. even certain2 people get annoyed by 'Saya Jiwa Kosong' generation, but still, this generation comes from local breed. dari terus di buai dgn muzik boyan yg acuannya asyik2 same je (waliband, st12, kangenband dsb.), bagus jugak kite dgr local muzik. ada orang ckp, 'kalau kau nk nasionalis sgt bab2 muzik, pegi la dgr irama asli ke, tradisional ke. baru la betol2 merdeka'. gile lu, mmg tak leh masuk la beb. sbb tu la cubaan beberapa pemuzik lokal yg menerapkan irama tradisional dlm muzik moden dieorg aku sokong. ambik contoh la, Butterfingers dgn lagu Joget Global (elemen joget) dan Merdeka (elemen keroncong), dua2 lagu ni dari album Kembali, keluaran tahun 2008. at least aku tau muzik2 tradisional bunyi mcm mana. cubaan semacam ni setidak2nya dpt memperkenalkan kita kpd muzik tradisional. kalau tak, takut in the future, budak melayu tak reti nk beza irama joget dgn trance.
last word, aku takdela nk beria2 semangat nk sokong muzik tradisional ke ape, aku just renung2 kan citarasa muzik aku ni di pagi Hari Merdeka yg ke 53 bagi Malaysia yg tercinta. ni semua mungkin masalah minoriti bg rakyat Malaysia kalau di ambil kira kerana ianya hanyalah tentang muzik, iaitu hiburan ringan, tp inilah contoh yg plg simple n mudah utk di fikirkan mengenai topik minda rakyat yg masih terjajah.
Selamat Hari Merdeka Malaysia, moga aman makmur berpanjangan.
yang bersuara,
zulfo, sang minoriti di tanah melayu
No comments:
Post a Comment