Monday, 9 September 2013

hitam hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. eceeehhh.



Tak faham lah aku. Sumpah aku tak faham.
Minggu ni entry aku banyak pasal tak faham.
Bertambah-tambah lagi lah aku tak faham.

Apa yang aku tak faham lagi?
Aku tak faham dengan orang-orang Melayu yang sungguh obses dengan kulit putih melepak. Yang minah kulit melekit, berebut-rebut tonyoh muka dengan krim pemutih segala. Yang mamatnya pulak taste tinggi, nak yang kulit putih je, walau muka sendiri nan hado.

Sekarang ni kalau bukak FB, bersepah-sepah iklan & testimoni nak cerahkan kulit bagai. Guna awek mata terbelalak yang sebelum tu kulit kelam & selepas tu kulit bagai snow white.

Abih disental muka dengan segala krim pemutih express sampai kulit pedih pedih, telan pil pemutih berbotol-botol, minum air kecantikan entah apa-apa & cucuk muka sini sana. Semata-mata nak kulit seputih kapas macam Adira.

Adakah disebabkan taste lelaki Melayu Malaysia tadi yang suka awek berkulit putih,  maka minah-minah ni disebabkan taknak ketinggalan takde pakwe, takut tak berlaki dan risau sang suami cari yang kulit putih lagi dari kau, makanya kau sanggup habis ribu riban semata-mata untuk capai impian Cinderella?

Ataupun memang disebabkan oleh lumrah peel wanita yang sememangnya suka berlumba-lumba, nak sentiasa cantik di mata sendiri dan di mata orang sebelah-sebelah?

Persoalannya, kulit ala-ala brownish dan hitam-hitam manis ni tak cantik ke? Tak sedap dipandang ke? "Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis". Nampak tak? takde pulak sebut putih putih si putih telur tu manis. Si putih manis, takde kan?

Lumrah. Stigma manusia, kalau kulit hitam je buruk. Kulit putih je yang cantik. Kulit hitam jadi bahan ejek. Kulit putih geram nak cubit.

Budak hitam kau panggil Tam. Kau panggil Black. Budak putih kau panggil Teh. Kau panggil Apek. Si Black, penyanyi tu pun aku agak dia dapat nama glamer tu sebab warna dia. Tapi sekarang, aku kira dia pun dah terjebak, sebab kalau kau putih dan bebas cela macam Adira, baru industri suka.

Lepas tu, bila orang beranak pulak, benda pertama orang tanya, "kulit baby ikut mak ke ayah?" Yelah mentang-mentang lah mak budak tu hitam, bapak putih atau bapak hitam, mak yang putih. T_T

Tengok, kau dah cucuh kat budak-budak yang hitam tu buruk, yang putih tu elok. Tak hairanlah mereka benci diri, tak terima diri sendiri. Akhirnya si putih jadi kaki ejek, si hitam kaki dilecek.

Aku sendiri, ada sorang ala 'adik-adik' mengata aku masa darjah enam (hahaha), "siapa lah nak kan kau, kau tu dah lah hitam". Sorang lagi mamat form 4 (masa tu aku form 5) yang bajet hot, tempelak aku "eh si hitam ni, dah lah papan, rambut kembang kerinting, ada hati nak syok kat aku."

Di sini aku nak nyatakan, aku tak syok pun kat dia. Berbual pun tidak. Aku dibodoh-bodohkan. Sob sobbb. Ada minah-minah nakal amik gambar aku dalam album pastu hantar kat mamat tu kata aku crush kat dia. Huargghhhhhhh. Sadisnyaaaa! Taulah aku dulu loser, legam, tapi sampai hati kenakan aku dengan kejam. *Sib baik laa aku ni maafkan korang* hahaha.

Ok pusing balik pada cerita awal tadi, aku tak faham kenapa orang pandang slack sangat dengan mereka yang berkulit gelap ni? Kenapa, rasa tak sekufu ke? Semua pun makan nasi, tidur, korek hidung, kentut dan berak kencing. Kan?

Pastu yang berkulit gelap tu kenapa mesti mengeluh? Kenapa mesti benci dengan warna sendiri? Sampai luluh keyakinan & terlalu rendah diri? Sampai sanggup rosakkan kulit sendiri?

Bukan aku persoalkan keobsesan korang untuk berkulit putih tu salah. Tak salah pun. Kang kalau aku kata salah, orang kata mesti aku jeles sebab aku ni hitam. Aku cuma nak kata, di kala kau tengah obses tu, apa kata belek-belek dulu inti produk kecantikan express putih korang tu. Bukan belasah tepek je.

Cuba lah ringan-ringan kan tangan tu or at least google atau check samada produk  yang korang pakai tu berdaftar tak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Yelah sekarang ni kan banyak sungguh krim pemutih express dari Indon laa, Thailand laa, Vietnam laa dan juga brand entah pape yang berlambak-lambak dalam Malaysia ni- tukar packaging & guna cap nama sendiri atau letak nama yang ada bunyik ala- ala mat salleh atau saintifik sikit.

Yelah manalah tau krim yang korang tepek kat muka tu ada unsur-unsur racun ka, contoh macam hydroquinone, tretinoin, azelaik acid atau mercury. Lagi-lagi entah bila masa entah owner-owner yang muka cucuk tu buat R&D pun aku taktau.

Tak guna kalau kulit cerah tapi tak ori, kalau terseksa akibat muka menggelupas & luka-luka. Kulit menipis macam kulit bawang. Kulit tak sihat, sensitif, naik ruam merah & duk sorok bawah payung sebab tak leh kena cahaya.

Makanya kalau kulit kau gelap, terima je lah. Redha je lah. Mat salleh suka awek-awek kaler kulit eksotik ni. Hahaha. Kau tahu tak, orang berkulit gelap ni jarang-jarang kau nampak diorang ni ada masalah kulit. Kulit selalunya tulus mulus je. Takde minyak, bebas jerawat, licin je.

Aku ni pakai krim muka tinggi SPF yang jual kat Watson je, tak payah mahal-mahal pon. Dan aku walau hitam, elok ye dapat laki tak sekaler. Muahahaha.




No comments: