Friday 10 December 2010

Miss me? Hehehe.

I felt very bad for not updating stuffs. Totally no idea on what to update.. Berhabuk dah blog nih. Haishhhh. Sapu ckit..

Oh yaaa.. we've already start buying the stuffs! I repeat, the STUFFS!! ;) hehehehe.. Gals, please noted skrg tgh sales okeh! Mari pegi shopping~ hehehe.

Hah, ape lah belum tunang lagi dah semangat, dah berangan, dah cite2 pasal kawin lah & dah beli2 brg2 hantaran lah plak.. Suka ati lah, org tgh hangat berchenta la kot. Bluerghhh~~ Hahahaa tapi kan time2 mega sale mcm nih lah the purrrfect time to shop for hantaran. Bajet beb. Boleh cut cost!

Anyway, dah straight two weeks kitorang pegi bershopping atau senang cakap, hantaran huntings. Gila lajunya duit kuar mcm air! Arghhhh gila stress kot! Bila stress pegi shopping lagi, makan eskrem lagi. Tapi bila gemok sebab makan eskrem byk2 jadik maken stress, tgk poket dah kosong psl shopping lagi lah stress!! Hahaha.

Okeh rest jap, makan eskrem. :p

Anyway, we managed to settle hantaran perfumes set for me & him.. and also a damn-white-takutnya-kotor handbag.. & of course lah for me kan. ;) Suka suka suka.. saya sangat suka!! hehe.

So last week, when i saw dat Crabtree & Evelyn was having a promotion in their outlet at One Utama, aduh mana boleh lepas! Mula tuh minat gile 1 set nih yg ada jewellery box yg besar gile & ada 6 item yg full size. Lalu I pon pandang encik chenta dengan muka sedeh coz i knew its out of his budget tapi i kan degil. Haishhh. Dia pandang balik & kata 'takyah lah yunk, set nih besar sgt, amik lah set yg simple ckit. Lgpon u ada 20 botol lg perfume kat uma okeh'. Alamak. Damn.

Hahaha. So dalam degil2 tuh, amik jugak lah set yg kecik ckit.. lagipun good deal tu. Nantucket Briar perfume set. I tell youuuu, the smell is sweetly sexy okeh! Tapi aiseyy kena simpan takleh nak pakai lagi. Ishhhh.

Anyway for him lak, we bought Dunhill Desire. Its one of the top seller perfume (org kat kaunter tuh yg ckp, so kalu dia tipu, i pon tipu lah kan) Hahaha. Actually perfume tuh faveret Mr Zulfo, ape lagi sambar lah satU!

Dlm minggu nih jugak, kitorg ada pegi sat Nilai 3 carik bekas2 & kain utk hantaran tunang. Kitorg pilih and his mum yang bayar :p, iaitu kain cotton bunga2 yg cam budak2 ribena. Okeh jangan tanye knape saye pilih cotton, saye pon taktau motifnya. Saje nak wat lain dari lain kot. Full stop.

Nanti nak carik barang2 lagi lah kat sini, maka kena la p Nilai 3 lg nanti.. Alaa its like 40 minutes from home plus no traffic jam. Thats why we dun mind going there..... errr every week ke? hahahaha.. tak kuasa aku nk pegi tiap-tiap minggu, panas laa nilai 3 tuu..!!

Last but not least, mmg masa2 nih selalu fikir mana nak carik duit extra & kalau ade mane-mane pompuan yg ckp die bukan mata duitan, mmg sungguh pembohong! Semua org pon mata duitan. Even myself! Tapi saye tak gilakan duit org ye. Gilakan duit sendiri je :P Hahaha.

Psstttt nih lah hasil-hasilnyaaa!~ (gambar nih sume gambar pinjam okeh, bukan kami punye ;)
*love at 1st sight*
*for a man (kata kotak tsebut)*
*without hand therapy*

p/s eksaited nak p kursus sok ;)

Saturday 13 November 2010

10 Favourite Love Songs

Merujuk perkara di atas, jgn harap gua akan selitkan lagu nyanyian Siti Nurhaliza, Justin Bieber, Yuna ( aku tak pernah excited pasal Yuna ) etc. dlm list of my all time favourite song. BLAHH! 
*note : list ini tidak mengikut turutan atau mcm carta muzik muzik pasal susah nk decide mana yg plg better. turut di sertakan skali cebisan lirik kegemaran dlm lagu2 tersebut.


Last Kiss by Pearl Jam (original version by Wayne Cochran)
"Oh, where oh where can my baby be? 
The Lord took her away from me
She's gone to heaven, so I got to be good
So I can see my baby when I leave this world..."
Drum pattern yg cool + sound gitar simple + vokal Eddie Vedder yg well known lunak maka terhasil la cover song yg berlirik puitis but senang faham.


Rest of My Life by Flop Poppy
"Like the stars that hang above me
Shining through like they see upon me
Make me feel so blue
My mind was set up to the memories of you
All the things that we've been through
Me and you..."

pic with Andy at Sunburst '09
Andy FP is one my favourite local heroes in music. lagu ni mmg direct towards a girl that deserved an eternal love.


I Won't See You Tonight (Part 1) - Avenged Sevenfold
"Sorrow sank deep inside my blood 
All the ones around me
I cared for and most of all I loved
But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away... "
As you all know i'm a big fan of A7X so no wonder la lagu ada dlm list. Lagu ni ada Part 1 & 2 tp gua prefer Part 1 pasal lebih clear and easy listen. (Part 2 full of screamo). 


Wonderwall by Oasis
"And all the roads we have to walk along are winding 
And all the lights that lead us there are blinding 
There are many things that I would 
Like to say to you 
I don't know how..."
Siapa2 yg minat lagu luar negara tp tak tau lagu ni mmg pathetic la. Lagu ni merupakan salah satu anthem for 90's. 


Good Riddance (Time of Your Life) by Green Day
"It's something unpredictable
but in the end it's right
I hope you had the time of your life..."
Kalau gua buat list Favourite Break-up Song, lagu ni confirm2 no. 1 dlm list. Best acoustic song ever by Billie Joe Amstrong siap secara spontannya menyebut f**k masa rekod lagu ni pasal tersilap masuk chord awal lagu ni (radio version takde part ni).


Unintended by Muse
"You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You could be the one I'll always love 
You could be the one who listens to my deepest inquisitions 
You could be the one I'll always love..."
This ballad song by Muse sgt2 touching kalau dengar dlm bilik yg gelap sorg2. sound yg kluar dari double bass + bunyi drum yg minimal + vocal falsetto Matt Bellamy mmg awesome. tp start dari album Black Hole & Revealation and yg terbaru skang ni, aku tak minat Muse da pasal byk unsur electronic yg tak boleh aku hadam. 


Your Guardian Angel by the Red Jumpsuit Apparatus
"Seasons are changing and waves are crashing
And stars are falling all for us
Days grow longer and night grow shorter
I can show you I'll be the one..." 
This band bukan la favourite band gua tp mood lagu ni ditambah dgn lirik yg boleh mencairkan hati wanita. hahaha... lagu ni sering kali jugak aku nyanyikan kpd mrs zulfo. dia suka n kata sedap. (semua lagu gua nyanyi dia ckp sedap, bias betul. hahaha...) 


Summer Romance (anti gravity Love Song) by Incubus
"So I call you on the tin can phone.
We rendezvous at a quarter-two 
And make sure we're alone 
I may have found a way for you and I to finally fly free..."
Gua rasa lagu ni ada double meaning, it's about a couple yg nk dating secara rahsia and happy together while got 'high'. hehehe... part solo saxophone before habis lagu ni mmg bunyi sexy. 

Write You a Song by Plain White T's
"I don't know that I'd make a good soldier
I don't believe in being violent and cruel
I don't know how to fight, but I'll draw blood tonight
If somebody tries hurting you..."
Lirik ni menceritakan ketulusan hati seorg laki yg tak kaya. perempuan materialistik sgt2 sesuai dgr lagu ni. Lirik pun mudah faham n straight forward.

last song make it the list adalah lagu Chinta oleh monoloQue. lagu ni maybe tak familiar bagi peminat2 baru monoloQue (ya, mereka semakin popular sekarang). actually lagu ni aku tau masa zaman myspace dulu, loque pun still kt US lg blajar sana. time to most of malaysian gila dengan lagu Teman Tapi Mesra - Ratu. untuk lagu ni, full lyric akan di share kt sini.

kau hadir bila tiba waktunya 
tidak diundang tak jua di pinta
walau ku lari namun kau tetap datang jua
keranamu chinta tak mampu menahannya
aku terus mencuba untuk lari dari chenta
kerana perit terasa sengsara tanpa kata kerana dusta

chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh chinta
terasa bahagia 
hanya menunggu saat dan tika

aku akan terus melangkah walau tak perlu owh chinta
aku yakin akan agungnya setianya ceritera yang tiada akhirnya

chinta abadi chinta
chinta padanya
chinta satu
chinta selamanya

Kenapa most of the song lebih kpd rock? pasal aku mmg major in rock. Kenapa semua lagu zaman moden rock? gua rasa lebih dekat dgn lagu2 moden rock pasal hidup zaman dia, bukan zaman the Beatles I Wanna Hold Your Hand. Kenapa lagu yg tak familiar pun ada dlm list? ehh..suka hati gua la, ni gua punya list.

OF_LUZ

Wednesday 10 November 2010

We Were Gentlemen, We Need to Know This


Entri kali tentang ' 9 Deadly Words Used by a Women ' yg bila mana di ucapkan oleh girl, then we as a gentlemen guys (yes we are. hehe..) should better watch out. check this out :-
Mungkin huraian kt atas ni ada yg tepat, mungkin ada yg kurang tepat, yg penting boleh la jugak refer2 sbg pedoman in the future. 

** Rome wasn't build in a day, so do the chemistry between us :)
- zi yu el ef oo - 

Thursday 28 October 2010

tolong jangan!

Do not offer me things. 

Do not offer me clothes. Offer me attractive looks. 
Do not offer me shoes. Offer me comfort for my feet and the pleasure of walking. 
Do not offer me house. Offer me security, comfort, and a place that is clean and happy. 
Do not offer me books. Offer me hours of pleasure and the benefit of knowledge. 
Do not offer me records. Offer me leisure and the sound of music. 
Do not offer me tools. Offer me the benefits and the pleasure that come from making beautiful things. 
Do not offer me furniture. Offer me comfort and the quietness of a cozy place. 
Do not offer me things. Offer me ideas, emotions, ambiance, feelings and benefits. 

Please, do not offer me things. 


๑۩۞۩๑.............................................................................................................๑۩۞۩๑


Secara jujurnya, aku amik kata-kata tadi itu dari sebuah buku milik rakan aku, 'The Nature of Strategic Management'. Aku salin balik setiap perkataan yang ada kat situ oleh kerana aku rasa ia sangat menarik. 


Kalau kamu pun rasa ianya menarik, tolong, jangan bagi aku 'barang'. Bagi sesuatu yang boleh menjadikan hidup aku lebih senang sekarang. 

Kamu boleh berikannya dengan 'bank-in' kan saja dalam akaun bank aku! :p 

muahahahahaha!!! ^_^


.e y l i n.

Sunday 24 October 2010

Makan Malam Hari Ahad Yang Sempurna?

Kau tengok jam dah pukul 7 malam. Dan kau rasa perut kau amat perlu diisi dengan sesuatu kerana ia dah mula merintih kelaparan. Maklumlah berdiet. Malah kau juga tahu, kau tak perlu turun ke food court bawah kerana kau tahu, teman baik kau akan bawakan makanan.

Dan kau berasa bersyukur kerana itu. Kau bercadang untuk makan sambil tengok cerita hantu yang tidak berapa seram itu.

Tapi tak mengapa, sebab kau tahu, nasi ayam itu, bersama potongan-potongan ayam, sup dan sambal itu akan tetap bersemadi di dalam perut kau. Juga terdapat lontong goreng yang dah lama tak kau rasa, hadir memeriahkan menu makan malam ini. Dan, sebotol sirap sebagai pembasah tekak.

Jadi, kau berfikir, hari Ahad yang indah, dan selalu harus jadi begini. Kecuali teman baik kau bawak lauk sayur sebab kau tak suka sayur. Potong stim.

Kemudian, apa yang kau tahu, teman baik kau dah mula keluarkan makanan, dan kau bergegas mengambil pinggan di dapur. Makan malam percuma sambil menyaksikan cerita hantu, juga percuma dipinjam dari akak sebelah rumah.

Perkara kemudian yang kau tahu, kau sudah kekenyangan, dan bersandar di dinding sambil berangan-rangan.

Sambil menonton televisyen, kau minum air sirap yang sudah berpindah sedikit dari botol ke dalam cawan jernih kau.

Kau rasa ianya hidangan makan malam yang cukup sempurna?

Bila kau ingin meneguk air sirap di cawan kau buat kali kedua kau baru perasan sesuatu di dalam cawan kau.

Seekor anak lipas yang kecil, hampir saja kau tak perasan, sedang bersemadi dengan tidak aman di dalam cawan kau. Dan kau tahu, bangkai itu telah hampir sebati dengan air sirap kau, kerana warna lipas kecil itu hampir kemerah-merahan. Menandakan bahawa lipas itu bukan termasuk di dalam cawan kau, tetapi botol yang berisi air sirap itu.

Dan kau pandang botol itu. Lebih dari separuh isipadu di dalam botol itu telah hilang. Hilang menerusi tekak kau, dan juga teman baik kau.

Kau beritahu teman baik kau, dia dengan yakin menyatakan lipas jahanam itu bukan berasal dari botol itu. Separuh jiwa kau berbelah bagi? Setengah untuk mempercayai kenyataan teman baik kau, dan separuh lagi kuat menyatakan ianya memang berasal dari botol itu.

Tapi, beberapa ketika kemudian kau nampak teman baik kau pergi ke dapur untuk membuang air sirap yang masih berbaki di dalam botol itu sambil mengeluarkan isi anak tekak dia.

Dan kau rasa ianya masih makan malam hari Ahad yang cukup sempurna?



Saturday 23 October 2010

manual pasang antenna rumah yang terlampau serius..



Nasihat yang tersangat berguna.

Jangan makan antenna!
Jangan baling antenna anda kepada pasangan anda!


Baiklah, saya ikut. Terima kasih!
E y l i n

Ambition ♥ Direction



Subjek : Cita-cita dan Arah

Tiba2 trasa ada idea nk buat entry baru, idea ni dtg mase tgh dok layan game Pro Evolution Soccer (PES) kt PC.How come bleh dpt idea sambil main game?? coz aku ade edit myself as a playable character dlm PES ni, name dlm game tu Sergio Zulfo (Spanish okay?).Then tringat mase zmn dulu2, pernah la bcita2 nk jd professional football player, kalau boleh nk wakil Perak dlm Piala Malaysia (around late 90's team Perak sgt dominan okay, tak mcm skrg). Mase tu jugak fanatik habis ngn Man.Utd. Pls note that mase tu takde TV satelit like Astro, so my source hanyalah weekly EPL preview kt TV2 n sometimes dieorg ada siarkan live game, slalunya FA Cup n occasionally EPL game (sgt2 jarang la ade). Another source is from magazine like Match, Shoot & Arena Bolasepak. Slalu dpt magazine ni pasal sbg upah jage adik while my mum pegi shopping mall. Knape tak berjaya jd professional football player? c'mon la.. this is malaysia okay? couldn't go far la i tell u.muahahaha...

Another ambition while in primary school is to be a lawyer coz aku rase im a talkative person n kuat berbetah. tp cita2 ni ripped pasal ada la sorg kwn ni, die ckp "bdosa la jd lawyer pasal mana tau nnti ko kene defence org jahat, tak pasal2 dpt dosa bsubahat". that time kata2 cmtu mmg mbunuh impian la. fikiran budak2, biase ar tu.

Lps tu cita2 berubah, nk jd dentist la pulak.knape dentist?pasal aku mmg 'regular customer' kt klinik gigi dlm skolah, tiap2 tahun kene tampal gigi berlubang coz gigi aku rongak mase skolah rendah. so aku amatlah memahami bahana sakitnye proses tampal gigi yg di lakukan doktor gigi kerajaan. sbb tu la cita2 nk jd dentist supaya dpt mberikan servis yg tak sakit kpd pesakit (murni sungguh niatnye).lps tu mase skolah menengah pulak, ramai di kalangan kwn2 bile tanye cita2 mesti nk jd doktor bedah la, doktor kerajaan la, doktor cucuk sendiri la. so lain la sikit bile org tanye cita2 ape? "doktor gigi", even kwn2 ckp nnti aku kene face dgn stink breath. hahaha..c'mon la, pkai facemask kot mase keje.Knape tak berjaya jd dentist?psl blaja bebal la. masuk abroad school mase secondry hancur kott.takdir campur malas.

Bile dpt result SPM yg so-so je tu, including BM yg dpt B4 je tu, mule la pening fikir nk further study course ape n kt mane. serius sh*t mase tu harap dpt masuk universiti buat diploma through borang UPU tu. tp takdir tak menyebelahi, nk buat cmne kn. nk harap dpt masuk matrix mmg haram la coz result pun so-so. in that time jugak ade isi borang politeknik, tp serius sh*t jugak mmg blur nk apply course ape psl aku mmg tak minat ngn blaja teknikal2 ni. slalu impikan nnti nk keje as a white collar worker, tak main kotor2 ni. knape tak apply course2 admin? sbb aku dgr rumours yg keje admin ni gaji sikit la, susah dpt keje la. so termakan ckp rumours2, tak apply la course2 admin ni. so apply la course mechanical engineering in airconditioning & refrigeration ngn yg satu lg da lupe la course ape. bile dpt masuk poly, kire mcm tak spenuh hati la psl tak minat pun. target mase tu blaja just nk dptkan diploma je. btol ckp org, tak kenal maka tak cinta. mase semester 4, kene pegi praktikal, that time baru rase feel pkejaan sbenar. that time baru realize yg aku bminat la jugak ngn engineering2 ni.

Short of the story, now aku keje dlm engineering field even tak penah bcita2 pun nk keje mcm ni. knape tak sambung degree? that's another story, pjg cite. so konklusinya, utk mencapai cita2 kite kene ade direction. direction ni pulak kene dpt guide dari org yg lebih bpengalaman. so my next target, nk teruskan khidupan with knowledge n realistik dgn peredaran masa. then after that boleh la contribute dlm menentukan direction org lain, khususnya adik2 n anak2 someday. if aku tak tolong guide dieorg, takut nnti jd mcm aku yg direction n cita2 berubah2 sblm ni.

p/s : tak faham knape kt malaysia technical worker gaji rendah banding dgn negara2 maju lain. then pemikiran org melayu pulak, white collar worker di pandang tinggi, yg pakai necktie pegi keje itu dianggap berjaya. LAME! 

zal wau lam fa wau

Friday 22 October 2010

owhhh snapping fingers takde bunyi..

Hari itu, ketika aku sedang melayan keletah anak buah aku, Arfa, 5 tahun,
dia seperti biasa tak habis-habis menyanyi & menari.

Tetiba dia nyanyi satu lagu yang aku familiar, aku selalu nyanyi masa budak-budak dulu.

Assalamualaikum,
Kom apa?

Kombat.
Bat apa?

Bat man (*sambil mengangkat tangan ala-ala nak terbang mcm Superman*).
Man apa??

Men tol (*sambil snap-snap jari tapi tak berbunyi*)

Aku hairan.
Kenapa kuis-kuis jari???
Apa kaitan petik-petik jari macam tu dengan mentol.
Mentol kan bulat.
Ke ni mentol automatic yg dimaksudkan.

Lalu aku,

"Kakak, salahlah. Sepatutnya macam ni." (*sambil buat bentuk bulat menggunakan jari*)

Dia dengan kondipennya menjawab,

"Betullah orang buat." (*sambil snap-snap jari lagi*)

Dia sambung lagi dengan ekspresi muka yang tak puas hati.

"TOL. TOL. (*sambil snap-snap jari lagi*).. Kan ke tol selalu je ambik duit kita, sikit-sikit duit. Tol duit. Tol duit. Betullah orang buat macam tu" (*katanya sambil snap-snap jari lagi*)

Aku speechless lantas lagu ni terlintas dalam kepala otak aku;

Duit.. Duit.. Di mana kau duit *sambil snap-snap jari*!! 



e y l i n
p/s: aku snap jari pon tak berbunyik jugak! :p


Thursday 21 October 2010

Delightful Lazy Sunday ♥


Weekend lepas, Zulfo bawak saye jenjalan kat kampung halaman tercintanya kat Lenggong. :) Dia jugak teman geprennya shopping sakan kat Taiping Sentral. :P I bought a super cute lace+flowers maxi dress, a skort & 3 pairs of wedges! Now maggie mee will be my choice for this month. Padan muka! Hahaha. :(

Malam tu i check in kat guest house dekat rumah fam zulfo, harga cuma rm60.. not bad.. while my sayangness tuh balik bermanja ngan his fam. hehehe. Summore, his mum cooked for us and it was super awesome especially mee udang yg ada udang banyak-banyak tuu. Wahhhhhhhhh.

Pastu kan on Sun, kami jalankan hobi kesukaan kami iaitu dating, dating & dating. Hahaha. Kitorg jenjalan kat Taman Tasik Taiping, naik duck boat & gelakkan masing-masing bila cerminkan diri kat cermin ajaib. :P Hahaha. Even though the weather are so hot, the sky was so pretty and we took like a gazillion pictures! We were such camwhores! Sakan kau! Hahaha.


*Sean San wedding@Ipoh*

Worst Thing about Holidays?..They ALWAYS End!!

-Eylin

what an 'Eylin' want ;)


If you wanna be TOGETHER, you must TO-GET-her.
Hehehe. So..
a
Be her..
a
- Best friend (so she can tells problems)
- Big brother (so he can protect her)
- Little brother (so she can scold him)
- Baby (so she can fuss over & cuddle him)
- Councellor (so she can ask advice)
- Boyfriend (so she can be cuddled & loved)
- Girlfriend (so he can accompany her shopping)
- Joker (so he can make jokes when she's feeling down)
- Nurse (to take care of her while she's sick)
a
..and she shall be yours! ♥
a
Too much to ask?? :P Hahaha.
a
ايلين
P/S: Omaigosh! Can you imagine what if would be like if there were two of me? haha.

Wednesday 20 October 2010

Letter to Life

Dear Life,

What's up? I want to let u know that I'm now far from lonely since I'd found the other part of me on 12th March 2010 a.k.a duabelasharibulantiga. I don't want to lose it, so I'd pinned it into my heart, permanently for sure. 

p/s:I'm listening to Oasis - Let There be Love while wrote this letter :)

LFO_ZU                  

Tuesday 19 October 2010

i love hugs. i love him.



The world would be a better place if we smiled more often and hugged a bit longer.  

Sometimes a good, long hug is all a person needs to brighten their day. Have you given one today?

*HugS*
Eylin

Monday 11 October 2010

lelong air mata. murah-murah!


kalau air mata boleh dijual, mesti aku dah kaya raya, boleh aku goyang kaki bawah meja.
kalau boleh jual, akan ku tadah, akan ku titip bagi tak tumpah.
kalau boleh jual, akan ku minta kau tikam hatiku, bikin aku terus merana.
kalau boleh jual, akan ku gembira kerana hasrat kau itu berjaya.
a
sedih. air mata terus tumpah.
a
hmmm.
a
kalau lah puteri gunung ledang ada, akan ku tolong sediakan tujuh tempayan air mata.
tapi air mata aku murah, takkan laku dijual, tak megah diratah.
nak jual kat pasar raya? kat tepi jalan pun diludah hina.
a
kesian kan?
a
hoi!
air mata darah lagi power, takat air mata jernih kau, orang tak heran, orang tak layan!
a
pathetic!
a
*diam. menghirup secawan ketenangan*
a
tolonglah.
aku tak mahu air mata ini lagi.
nak kirakan, dah bergelen-gelen air mata ku tumpah sejak 1985.
aku titi hidup berliku sendiri. 
berkali aku jatuh. berkali bala menimpa.
namun aku bangun tanpa keuntungan yang menyambut.
aku kesat air mata. kuatkan hati. kuatkan diri.
cuba kau cuba jadi aku, seinci lagi tentu kau gila.
a
*kesat air mata*
a
terima kasih hati kerana sabar meneman aku untuk gagah.
terima kasih pada kau kerana memaksa diri untuk memahami.
terima kasih pada musuh, yang menggalak derita aku.
a
makanya, aku redha. aku senyum. terpaksa.
-Eylin