Tuesday 1 October 2013

Perihal Kos dan Dating



Shafiq : Gua kalau keluar dengan awek selalu makan fast food je.

Amirul : Perghh, banyak duit lu bro.

Shafiq : Dude, wake up man! Ini tahun 2013 la. Lu punya statement macam mewakili stigma masyarakat luar bandar khususnya. Dekat KL ni makan fast food lebih kurang sama je macam makan kat food court. Dekat food court Nasi Ayam pun dah 5-8 ringgit, campur dengan air 2.50 ringgit, tak ke lebih kurang kos macam makan McDonald's Value Lunch? Silap2 lagi murah. Come on....

Amirul : Tapi bukan ke makan McDonald's satu hidangan itu ibarat menyumbang satu peluru ke Palestin????

Shafiq : Alamak, tu gua kena jumpa penulis blog ni suruh dia up kan entry pasal benda tu la dude. Makan 3 malam juga kalau nak berborak pasal isu macam tu.



- my name is zulfo -

Monday 9 September 2013

hitam hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. eceeehhh.



Tak faham lah aku. Sumpah aku tak faham.
Minggu ni entry aku banyak pasal tak faham.
Bertambah-tambah lagi lah aku tak faham.

Apa yang aku tak faham lagi?
Aku tak faham dengan orang-orang Melayu yang sungguh obses dengan kulit putih melepak. Yang minah kulit melekit, berebut-rebut tonyoh muka dengan krim pemutih segala. Yang mamatnya pulak taste tinggi, nak yang kulit putih je, walau muka sendiri nan hado.

Sekarang ni kalau bukak FB, bersepah-sepah iklan & testimoni nak cerahkan kulit bagai. Guna awek mata terbelalak yang sebelum tu kulit kelam & selepas tu kulit bagai snow white.

Abih disental muka dengan segala krim pemutih express sampai kulit pedih pedih, telan pil pemutih berbotol-botol, minum air kecantikan entah apa-apa & cucuk muka sini sana. Semata-mata nak kulit seputih kapas macam Adira.

Adakah disebabkan taste lelaki Melayu Malaysia tadi yang suka awek berkulit putih,  maka minah-minah ni disebabkan taknak ketinggalan takde pakwe, takut tak berlaki dan risau sang suami cari yang kulit putih lagi dari kau, makanya kau sanggup habis ribu riban semata-mata untuk capai impian Cinderella?

Ataupun memang disebabkan oleh lumrah peel wanita yang sememangnya suka berlumba-lumba, nak sentiasa cantik di mata sendiri dan di mata orang sebelah-sebelah?

Persoalannya, kulit ala-ala brownish dan hitam-hitam manis ni tak cantik ke? Tak sedap dipandang ke? "Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis". Nampak tak? takde pulak sebut putih putih si putih telur tu manis. Si putih manis, takde kan?

Lumrah. Stigma manusia, kalau kulit hitam je buruk. Kulit putih je yang cantik. Kulit hitam jadi bahan ejek. Kulit putih geram nak cubit.

Budak hitam kau panggil Tam. Kau panggil Black. Budak putih kau panggil Teh. Kau panggil Apek. Si Black, penyanyi tu pun aku agak dia dapat nama glamer tu sebab warna dia. Tapi sekarang, aku kira dia pun dah terjebak, sebab kalau kau putih dan bebas cela macam Adira, baru industri suka.

Lepas tu, bila orang beranak pulak, benda pertama orang tanya, "kulit baby ikut mak ke ayah?" Yelah mentang-mentang lah mak budak tu hitam, bapak putih atau bapak hitam, mak yang putih. T_T

Tengok, kau dah cucuh kat budak-budak yang hitam tu buruk, yang putih tu elok. Tak hairanlah mereka benci diri, tak terima diri sendiri. Akhirnya si putih jadi kaki ejek, si hitam kaki dilecek.

Aku sendiri, ada sorang ala 'adik-adik' mengata aku masa darjah enam (hahaha), "siapa lah nak kan kau, kau tu dah lah hitam". Sorang lagi mamat form 4 (masa tu aku form 5) yang bajet hot, tempelak aku "eh si hitam ni, dah lah papan, rambut kembang kerinting, ada hati nak syok kat aku."

Di sini aku nak nyatakan, aku tak syok pun kat dia. Berbual pun tidak. Aku dibodoh-bodohkan. Sob sobbb. Ada minah-minah nakal amik gambar aku dalam album pastu hantar kat mamat tu kata aku crush kat dia. Huargghhhhhhh. Sadisnyaaaa! Taulah aku dulu loser, legam, tapi sampai hati kenakan aku dengan kejam. *Sib baik laa aku ni maafkan korang* hahaha.

Ok pusing balik pada cerita awal tadi, aku tak faham kenapa orang pandang slack sangat dengan mereka yang berkulit gelap ni? Kenapa, rasa tak sekufu ke? Semua pun makan nasi, tidur, korek hidung, kentut dan berak kencing. Kan?

Pastu yang berkulit gelap tu kenapa mesti mengeluh? Kenapa mesti benci dengan warna sendiri? Sampai luluh keyakinan & terlalu rendah diri? Sampai sanggup rosakkan kulit sendiri?

Bukan aku persoalkan keobsesan korang untuk berkulit putih tu salah. Tak salah pun. Kang kalau aku kata salah, orang kata mesti aku jeles sebab aku ni hitam. Aku cuma nak kata, di kala kau tengah obses tu, apa kata belek-belek dulu inti produk kecantikan express putih korang tu. Bukan belasah tepek je.

Cuba lah ringan-ringan kan tangan tu or at least google atau check samada produk  yang korang pakai tu berdaftar tak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Yelah sekarang ni kan banyak sungguh krim pemutih express dari Indon laa, Thailand laa, Vietnam laa dan juga brand entah pape yang berlambak-lambak dalam Malaysia ni- tukar packaging & guna cap nama sendiri atau letak nama yang ada bunyik ala- ala mat salleh atau saintifik sikit.

Yelah manalah tau krim yang korang tepek kat muka tu ada unsur-unsur racun ka, contoh macam hydroquinone, tretinoin, azelaik acid atau mercury. Lagi-lagi entah bila masa entah owner-owner yang muka cucuk tu buat R&D pun aku taktau.

Tak guna kalau kulit cerah tapi tak ori, kalau terseksa akibat muka menggelupas & luka-luka. Kulit menipis macam kulit bawang. Kulit tak sihat, sensitif, naik ruam merah & duk sorok bawah payung sebab tak leh kena cahaya.

Makanya kalau kulit kau gelap, terima je lah. Redha je lah. Mat salleh suka awek-awek kaler kulit eksotik ni. Hahaha. Kau tahu tak, orang berkulit gelap ni jarang-jarang kau nampak diorang ni ada masalah kulit. Kulit selalunya tulus mulus je. Takde minyak, bebas jerawat, licin je.

Aku ni pakai krim muka tinggi SPF yang jual kat Watson je, tak payah mahal-mahal pon. Dan aku walau hitam, elok ye dapat laki tak sekaler. Muahahaha.




Friday 6 September 2013

Bila nak kawen? Bila nak ada anak? Kenapa asyik beranak?

Bila bujang, orang tanya bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak?
Bila dah ada anak, orang tanya bila nak tambah anak?
Bila dan banyak anak, orang tanya bila nak berhenti pulak?

Nampak tak? Soalan cepu emas takkan ada noktah. Bernanah telinga kalau melayan. Bila buat pekak kata takde perasaan.

Lumrah alam. Setiap perlakuan disusur dengan pertanyaan. Setiap tindakan dibalas dengan ketidak puas-hatian.

Ramai betul yang gemar menyelak langsir orang, memberi nasihat walau tak diminta. Memberi tips walau tak ditanya. Mengata macam dunia dia yang empunya.

Bukannya aku benci hidup bermasyarakat, tak pula aku jelak dengan orang terdekat. Lega hati aku kalian ambil berat. Aku sambut molek andai keluarga hulur amanat.

Namun aku bingit dengan mami jarum yang sarat muslihat. Apa hak kau untuk persoal kehidupan orang? Apa layaknya kau menyakiti hati orang?

Mudah sekali orang-orang ini lontar soalan; "dua tahun kahwin takde isi lagi ke?". Tapi bila aku kata 'belum', kenapa tak semudah soalan kau tadi, untuk kau faham jawapan yang aku beri. Untuk kau berdiam diri dan tak payah persoal lagi. Untuk kau henti buat spekulasi sendiri, tambah minyak dalam api.

Lagi wadefaknya, ayat penyata "belum, tak ada, aku hanya mengandung lemak" juga amat liat untuk dihadam oleh golongan yang singkat akal ni. Aku pasti mereka cukup arif dengan Bahasa Melayu, tapi apahalnya tetap nak cuba nasib dengan memegang perut aku?

Kau ni apahal? *Jerit dalam hati* Mujurlah aku reti kawal, kalau tak maki seranah jadi hidangan kau harini. Yang anehnya, yang tangan gatal ni bukannya keluarga rapat atau teman baik sendiri tapi orang-orang yang tak tentu pun bersua muka dengan kau walau setahun sekali.

Teringat aku pada minah bujang yang aku terjumpa kat kenduri kahwin teman, yang kebetulan kawan laki aku, tang-tang tu pegang perut aku walau aku dah jawab dengan jelas BELUM. Baru seminit terjumpa, kau dah pegang perut aku?

Aku juga teringat pada sedara beranak lima. Suri rumah. Duduk di desa. Muda tapi jumud. Dulu masa aku bujang, dia kata "tak guna belajar tinggi, nanti duduk dapur juga". Seorang lagi sedara, juga beranak ramai, gemar sungguh pegang perut aku, sama seperti situasi tadi.

Lain pulak dengan kawan aku si Shanti yang duk satu block dengan aku. Nak beranak yang kelima, orang tanya, "eh baru beranak, dah mengandung lagi?", "tak serik ke beranak ramai?". Realiti dunia keliling, kau tak beranak orang mengata. Kau dah beranak pun orang mengata. Kau beranak ramai lagi lah kena ngata. Susah nak tutup mulut puaka.

Aku tak faham lah. Aku tak faham kenapa. Aku tak faham  dengan si kaki yang etikanya kepoh. Bagai trend yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sampaikan yang muda pun jadi pekak hati. Entah, susah sangat ke kalau kau cuba jaga hati orang? Susah sangat ke kalau kau cuba tutup kau punya mulut tempayan?

Aku bahagia dengan hidup aku walau masih hidup berdua. Aku masih lalui momen-momen honeymoon walau dah lebih dua tahun hidup bersama. Tapi kau pulak yang tak bahagia tengok kami bahagia, dah kenapa? Alhamdullilah lah kalau hidup kau bahagia.

Beginilah, kalau setiap tindakan dan nasihat kau benar-benar tulus suci dan bawa kebaikan, teruskan. Aku benarkan. Tetapi kalau sekadar mengguris hati orang, lupakan. Tak usah kau jadi batu api, jadi punca amarah, jadi faktor orang hilang bahagia. Nanti sampai tutup mata kau tak lena.

Apa kata kau doakan sahaja agar mereka dan diri kau juga bertemu bahagia. Doakan sahaja agar mereka bertemu pasangan, kemudian berkahwin, peroleh cahaya mata dan hidup berbahagia. Lebih mulia dari tak henti-henti bertanya soalan yang menjengkelkan.

Untuk aku, baik aku layan lagu ni dari layan si mami jarum. Pekakkan telinga je, hidup kau, bukan hidup mereka!

S.M SALIM - DULU LAIN SEKARANG LAIN


Thursday 5 September 2013

DIY mini drawer from beauty boxes ♥


Have you noticed the ongoing trend of monthly beauty box? The latest craze in the beauty industry has to be beauty boxes! Basically, you get a box of beauty products of different brands that may come in sample or full size for a set monthly price, which has been a new madness in the country since last year.

I'm not really sure who pioneered it in Malaysia, but I guess Fabulous Finds (FF) which was the first ever beauty box in Malaysia but too bad it has been discontinued due to the owner's health issues. I managed to bought a box where they have super pretty damn awesome products including a full size serum by Elizabeth Arden!

Beauty boxes then have been blooming rapidly. As I love to experimenting and discovering different beauty products, I subscribe to WonderBox since November last year but I stop after eight months due to repeated products they offered. But they do served really good products for RM45 per box. :)

I may be back as I have almost 500 points of Wonderpoints (reach 800 and you can redeem with a free box). You can subscribe here wonderbox.com.my and you will be rewarded with 200 points for each friend you refer, when they subscribes to WonderBox.

Btw, now I'm with Bag of Love. A new form of beauty box but in a bag! Their items are packed in a cosmetic bag with different designs every month. I will blog about it later okayyy. :)

Okay, so what do you do with all the boxes? Stacked them? Or just left them under the bed, which might be collecting dust and get dirty?

How about up-cycling your past beauty boxes to a drawer organizer? I used my old WonderBoxes to organize my skincare, tools and stuffs by turns them onto cute mini drawers!

I made these two storage organizers more than two months back. Haha. See, I'm just too sluggish to update the blog. Pfttt I don't think that I have that much readers btw. Haha.


Btw these two are the most crafty things I've made lately, and it really wasn't that hard to make.  As easy as ABC!  Just be creative!

So below are the 'not so step-by-step' pictures. Hahaha. I hope you get my point and weren't too confusing! Haha.


What do you need; beauty boxes (I use four boxes for each drawer), metal wire tie (I get mine from Mr DIY), beads (love shape beads from Mr DIY), sellotape, scissor, super glue and stickers for deco purpose.

To protect the drawers, you can use the sheets that comes with your beauty boxes as the dust guard. So, when it gets dirty, you can just replace the sheets. 

my first mini drawer

As I have four more boxes, I made one more but with different design. 

But to me, the first one is more sturdy, stable and much more easy and functional to use, rather than this one, isn't as stable as I would  like it to be.

Voila!

Btw, have you tried subscribing to any beauty box companies? How was your experience? Do you think it's worth it? :)


Sunday 25 August 2013

kekal tenang dan terus baca kamus!


Siapa yang cakap Bahasa Inggeris aka English tu tak penting, aku rasa kau masih duduk bawah Gua Tempurung (gabungan gua dan tempurung). Siapa yang perkecilkan usaha untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kononnya mengagung-agungkan bahasa mat saleh, juga adalah bodoh. Kasar? Maaf cakap, engkau memang bodoh.

Aku tak kata yang tak pandai cakap english itu bodoh. Kau tak bodoh kalau tak pandai cakap dalam bahasa mat salleh tu. Tak dosa pun. Aku pun terang-terang tak pandai, english pun berterabur, so takkan aku nak cakap aku ni bodoh kan?

Tapi yang cakap english tu tak penting, yang pandang enteng, yang momok-momokkan kononnya tak hormat bahasa ibunda sendiri sebab asyik ber'speaking' bagai dan yang takde usaha nak belajar langsung, itu yang aku kata bodoh.

Bodoh. Bongok. Stupid. Fool. Dumb.
'Dah tau bodoh tapi taknak belajar'. Keras tapi tu yang aku pegang. Aku memang kejam dengan diri. Selalu maki diri kalau salah. Selalu marah diri bila tersilap. Tetapi selalu pujuk diri bila kalah.

Aku dulu pun macam orang-orang pendek akal ni. Pandang enteng, "Ah, aku kat Malaysia, bukan luar negara, bukan penting sangat pun English ni. Asal aku paham orang cakap sikit-sikit dah lah."

Masa kecik dulu adalah mak ajar speaking, ialah mak aku kan orang Singapore. Dah sah-sahlah bahasa orang putih ni makanan dia. Tapi yang peliknya, tak pulak jadi makanan aku bila aku ningkat remaja. Grammar terabur. Vocab hancus. Pronouncation jauh lari.

Orang kata takat nak speaking masa nak beli makan, nak tanya toilet kat mana atau nak pandu arah kat mat salleh sikit-sikit tu lepas laaa. Simple and super broken english kata kau.

Tapi yang peliknya masa UPSR aku mampu lah jugak skor B, PMR pun B, SPM pun B!. Berbeza dengan Bahasa Melayu; skor A dari UPSR sampai SPM. Pastu entah camne entah masa exam english kat sekolah menengah boleh jugak dapat A atau B. Pastu lulus MUET lagi. Samada aku ni bernasib baik atau cikgu rabun masa tick paper aku atau standard jawapan yang rendah. Haha.

Masa aku masuk MIIM tahun 2003, aku tak amik subjek 'English for Communication' sebab boleh transfer credit SPM yang aku dapat B tu. Aku punya sukalah time tu. Pastu masa aku dalam semester lima, nak cukupkan kredit, aku amiklah subjek Public Speaking. Masuk sekelas dengan bebudak sem satu ke dua masa tu. Lecturer sorang Melayu time tu nak ber'speaking' saje.

So masa presentation, aku dengan Fify ber'public speaking' dalam bahasa Melayu tentang pentingnya mempertahankan bahasa ibunda sendiri dari membanggakan bahasa asing. Nak perli lecturer tu lah konon. T_T Elehh, sedangkan aku yang tak reti speaking pastu nak kata orang lain banggakan bahasa asing. Rasa bodoh dan memperbodohkan orang yang tak bodoh. Okay sekarang aku rasa bertambah bodoh. Haha.

So bila kesedaran aku datang? Hujung tahun 2006! Umur 21! Masa tu aku buat part time event kuda, FEI World Cup Jumping Final, aku ditugaskan bahagian admin & F&B. Tapi pada hari ke berapa entah aku kena jaga dan bawak pusing stadium, sorang fotografer yang tersangatlah popular kat UK, Tim Flach namanya. Bayangkan dengan limitednya English aku dan limitednya ilmu dalam perkudaan ni, sepatah dia tanya sepatah aku jawab. Dua patah tanya, dua patah lah jawabnya T_T

So kat situ mula kesedaran timbul. Kalau aku nak berjaya, kalau aku nak kerja bagus dan kalau aku nak bergaul dengan ramai orang, aku perlu upgrade tahap english tu. Kemuncaknya bila awal tahun 2007, aku mulakan buruan untuk mencari kerja tetap, kebanyakkannya company yang kecik-kecik. Yang besar aku mintak Bernama je, kat ruang iklan kerja dalam The Star.

So ada satu company arkitek kecik, bossnya sorang nyonya, suh aku datang untuk interview. Bila aku sampai dia marah-marah sebab aku lambat (sedangkan dia kata datang petang, bila-bila masa). Tapi yang paling aku sentap bila dia kata aku tak layak kerja tempat dia sebab english aku tak power & vocab aku limited. Dia kata dia rugi kalau amik aku kerja sebelum dia marah-marah aku lagi. Gila sedih aku masa tu.

Pastu apa perasaan kau bila tengok budak kecik seawal empat tahun dah pandai speaking? Sentap tak? Engkau sendiri sampai sekarang merangkak-rangkak. Pastu apa perasaan kau bila kawan-kawan sebelah kau semua berlawan tekak dalam bahasa yang kau langsung tak expert?

So kat situ aku tekad untuk baiki English aku. Bukan sebelum ni aku tak cuba, tapi otak aku dah tepu, masuk telinga kanan pastu pantul keluar balik, tak sempat nak keluar telinga kiri. Dulu ada je aku beli satu set buku & video cecah dekat RM2,000 dari Worldwide Learning, ke bawah katil jugak perginya. Tak effisien langsung.

Bila masuk Bernama ada lah jugak g kelas Bahasa Inggeris. Ada sorang cikgu datang ofis dan belajar weekly untuk dua bulan. Beribu jugaklah ofis habis duit tapi takde perbezaan, sebab dia ajar dengan cara teori bukan praktikal.

So aku start baca kamus! Yup kamus. Aku suka yang online ni; Rujukan Dewan Bahasa. Pastu aku banyak komen dalam forum-forum kat internet guna English, tengok penggunaan ayat orang lain jugak, kat situ sikit-sikit kau akan nampak bezanya. Pastu aku suka dalam terpaksa (sekarang dah suka) baca novel-novel dalam english. Mana perkataan yang pelik sikit & tak pernah dengar, aku terus cari dalam kamus.

Bonus bila aku dihantar ke English Sub Desk untuk dua bulan tahun ni. Gila banyak aku belajar. Bila kita terpaksa translate & edit berita dari Bahasa Melayu ke English, lama-lama akan jadi kebiasaan dan kita ingat. Kamus vocab bertambah dalam otak. Menulis pun dah kurang teragak. Alhamdullillah.

Tapi aku tak kata aku dah bagus. Tak. Aku masih sama cuma bertambah sedikit keyakinan dan sedikit perubahan berbanding enam tahun yang lepas. Aku masih terkemam, tergagap dan hilang kata-kata, kadang-kadang bila bercakap dengan manusia. Tapi kini ketika tugasan antarabangsa samada di kedutaan-kedutaan, forum-forum atau makan malam, tidak lagi sekaku dahulu dan dah boleh bergelak ketawa, biarpun masih ada lagi masalah limited tu dalam bahasa. Alahhh ubah sikit-sikit lagi baik dari tak ubah apa-apa kan?

Memang aku menyesal sebab sia-siakan zaman muda. Memang aku menyesal sebab tak belajar sungguh-sungguh. Dan memang aku menyesal kerana tak cuba terrorkan english aku ni sejak remaja. Tapi kita tak pernah tua untuk belajar. Kita tak pernah terlambat untuk kaut ilmu. Walaupun masa tu umur aku dah berangka enam puloh tahun. Kelas takk nenek-nenek speaking english bagai? Hihihi.

Aku percaya dengan usaha, apa sahaja boleh berubah. Dengan usaha apa sahaja boleh berjaya. Dan dengan usaha juga kau mampu melakar masa depan yang lebih indah. Aku juga percaya bodoh itu boleh diubah. Boleh diubah juga dengan usaha. Pendek kata, apa kau nak, kau kena berusaha.

Bagi suara-suara yang tak bersetuju dengan entry aku kali ni, aku nak tegaskan yang aku tak pernah belakangkan bahasa aku. Kalau tak, dah konpom-konpom aku tak tulis melayu dah wei. Bahasa ibunda keutamaan, tapi tak salahkan kita kuasai bahasa tambahan?

Pasni nak belajar bahasa isyarat, bahasa jawa, bahasa sarawak, kecek kelate semua. Hahahaa.


Friday 23 August 2013

cermin oh cermin cantik tak aku?




Siapa tak suka melihat diri sendiri dalam cermin? Kalau cantik, duk tersengih-sengih memuji diri. Kalau buruk, renung sampai tembus cermin, kenapa tak cantik macam yang lain?.

Melihat diri dalam cermin ada banyak sebab; sebab untuk obses diri atau sebab untuk benci diri. Ada yang tengok dalam suka. Ada yang tengok dalam terpaksa.

Sama ada suka atau tidak untuk cermin diri sendiri, yang pasti kekerapan melihat cermin setiap hari memang tinggi.

Tak guna untuk menafi. Tipu kalau kata tak. Sedangkan setiap pagi, muka ditelek di bilik mandi, di kamar tidur, di dalam kereta, di dalam tandas, di dalam kantor mahupun di tepi-tepi eskalator. Pantang nampak cermin, kepala mesti menoleh.

Jadi, kenapa aku suka merenung ke dalam cermin? Untuk memuji kulit bebas cela atau mengutuk hitamnya warna? Atau juga untuk bangga dengan tubuh badan atau berduka dengan keberatan diri?

Hakikatnya, melihat perubahan menjengkelkan, aku sering memaki diri di depan cermin. Itu tidak kena, itu juga salah. Dulu mulut bising kerana diri umpama tulang berjalan, tetapi sekarang lebih bising bila umpama tong dram berguling. Padan muka kau, dulu siapa suruh enggan bersyukur.

Tetapi bila aku diam, merenung cermin dalam-dalam, ada yang lebih penting dari mengadu kurang sana sini, kerana waima sepuluh tahun lagi pun ia tidak akan usai jika kita terus duduk membising tanpa usaha, tanpa tindakan.

Aku perlu ubah. Dari kaki 'complain' ke kaki berterima kasih. Dari kaki tahu bising ke kaki tahu buat kerja. Dari si pemalas ke si ligat. Dari meminta-minta ke si berusaha.

Nak cantik perlu usaha. Nak kurus perlu usaha. Nak sihat perlu usaha. Nak berjaya juga perlu usaha. Sukses tak terpacul depan cermin kau begitu sahaja.

Dan seperti pantulan cermin, aku perlu merenung lebih dalam lagi bagi melihat siapa di belakang aku yang sedang mentertawakan, memasang tanduk dan sedang menjelir lidah. Juga mereka yang sedang bersedia untuk menjerut leher dan menikam pisau agar aku rebah.

Kerana selama ini kita terlupa untuk memandang ke belakang. Kita terlupa untuk cermin diri dalam-dalam. Kita terlupa untuk menjaga perasaan orang. Tanpa kita sedari dari 'title' rakan bertukar ke musuh, bertukar ke benci, bertukar ke dengki.

Kita terlupa, kita hidup bukan seorang diri tetapi kita hidup dalam rantaian hubungan yang berselirat dan dalam jalinan hubungan itu, kita tidak tahu apakah topeng yang dipakai mereka dan apakah yang wujud di sebalik topeng-topeng itu.

Normal lah orang busuk hati. Normal lah orang pendengki. Normal lah orang iri hati. Normal jugalah orang tidak senang dengan empunya diri.

Begitu  juga bila si tak hensem cuba mengorat si gojes ataupun si tak rupawan testing kenyit mata dengan si tampan, kau sindir "pergi cermin muka tu dulu!" dan bila masing-masing jatuh cinta, kau mencebik, kau pulak kata "tak sesuai, sah dia ni tak cermin diri dulu"

Nampak tak pentingnya cermin diri? Penting buat kau yang tidak lelah mencari silap orang, tidak jemu mencari  kekurangan orang dan tidak puas untuk memalukan orang. Barangkali kau yang lupa untuk cermin diri.

Sumpah aku dah lali. Tapi sumpah, aku juga sudah penat. Penat mengadap wajah-wajah mereka yang anti-cermin diri. Dari zaman sekolah hinggalah berkarier, orang-orang begini mengelilingi. Seakan aku tak boleh lari.

Dan apabila aku merenung lebih dalam lagi ke dalam cermin empat segi, baru aku sedar meski kita melangkah penuh waspada, tetapi seringkali kita terlupa bahawa setiap orang yang melihat cermin tidak mempunyai tujuan yang serupa.




Thursday 22 August 2013

dah kenapa aku terlupa besday laki aku?

orang kata lelaki mudah lupa pada tarikh. perempuan pulak dah tersemat dalam otak dia segala tarikh, dari tarikh besday, tarikh bila ko jumpa, bila ko start bercinta, bila ko bertunang, bila ko kawen sampailah bila ko start menggatal dengan orang lain. hahaha. sebab tu perempuan boleh dikategori sebagai makhluk kompleks. makhluk yang ko jangan sesekali nak uji tahap ingatan dia. boleh bawak berwrestling bila ko jawab ko tak ingat atau silap tarikh-tarikh keramat. masa tu ko tengok muka bini ko bertukar hijau, mulut terjuih ke bawah, hidung terkembang kempis, mata tersembul keluar, baju sinsing sampai ke lengan sebelum pintu dihempas kuat dan kau terpaksa redha tido kat luar. hahaha.

eh, aku bukan bercakap berdasarkan pengalaman. aku bagi contoh je. hahaha. tapi dalam situasi aku lain wo. bukan laki lupa besday bini tapi bini lupa besday laki. kwang kwang kwang. sampai laki aku cakap "dah kurang sayang lah tu. kalau I yang lupa birthday u, mesti u dah tarik muka, marah." T_T tapi nasib baik laki aku tak sinsing lengan, hempas pintu & suro aku tido luar. hahaha.

elehhhhh dia bukan tau, kita lupa besday dia bersebab. sebab yang sengaja. sebab yang akan buat hati dia yang kecik tadi tu kembali berbunga-bunga. tapi takkan lah aku nak bagitau time-time tu sebab nanti hilang laa elemen-elemen kejutan tu, serprais bak kata Eric Leong. walaupun time tu dalam hati ni terkekek-kekek seksaited nak bagitau.

ekceli kan (percubaan speaking dengan ejaan Melayu), iols kan dah plan nak buat belated birthday surprise untuk encik laki terchenta tu. nak masak sedap-sedap set western, siap dengan kad besday DIY lagi. *tangan di bahu, mata ke atas* nak jadik bini tiptop katanya. muahahaha.

well, dipendekkan cerita, 19 haribulan lepas laa besday dia. kalau tahun-tahun lepas ikut kebiasaan, aku wish ngam-ngam tengah malam. tapi hari tu bila aku habis kerja & sampai rumah kul 12.30 malam (dah masuk besday dia tu), dengan tak rasa bersalah, aku ngap burger dan terus tido kroh kroh krohhhhh. hahaha.

pastu pagi tu pulak aku p kerja & dah masuk tengahari baru wassap dia sebab tak sampai hati kalau tak wish langsung *hati leleh* "Hai besday boy! I terlupa nak wish u malam tadi". bolehhh? hahaha.

aku pulak dah siap berevening long dress bagai pegi kerja, so kalau tersangkut jalan yang macet, leh laa terus pegi besday dinner berdua. kelas tak pegi kerja pakai black tube evening dress uolss? muahahaha. tapi pandai pakai pandai lah twist woii. cover dengan kimono kardigan, pakai ala kebaya supaya taklaa mata-mata orang terjojol akibat kau overdress p kerja. *thumbs up*

so, malam tu mentekedarah kat Fullhouse, Wangsa Walk. besday dinner ni memang dah plan sama-sama. aku beli voucher kat Groupon, RM49 je for RM100 foods and drinks! berbaloi-baloi. dah laa tempat feveret. aku mintak lilin nak letak kat creme brulee, ganti kek besday lah kononnya & waiter tu siap pasang & nyanyi hepi besday lagi. tapi nyanyi kat aku. salah orang laa pulak. aiyooo.

super yummmy!!!

so di mana elemen kejutan tu? seprais tu? yang tu esoknya, kan aku dah kata belated surprise. haha. esoknya, aku off tapi aku bagitau dia yang aku kerja. hihihi. seawal 8.30 pagi aku gagah ngadap monitor, google resepi yang dah bersarang dalam otak. seksaited youuu! pastu kuar rumah g aeon big aka carrefour dua jam lepas tu dengan kulit hitam matte ni tanpa secalit mekap, berbaju kelawar dan berseluar koyak-koyak. *tak tipu*

setelah berhempas pulas tawaf satu pasar kering tu selama dua jam setengah, campak itu dan ini dalam troli dan menghabiskan dalam seratus tiga puloh ringgit malaysia lah jugak termasuk barang-barang yang tak sempat masak kesudahannya, dan mendaki tangga sambil memikul plastik berat yang amat ke rumah di tingkat empat, akhirnya projek rahsia pun boleh start.

dalam nafas yang masih tercungap-cungap, aku buat kad besday dulu. dalam sejam setengah letak tepi kad, kata dalam hati kalau sempat nanti baru sambung tambah lagi. gila kau dah kul 2.30 petang, laki ko balik dalam empat jam je lagi. dah lah tak pandai masak pastu ambitious sangat! nak masak itu lah nak masak ini lahhh! 

so aku start masak yang paling senang dulu iaitu cold prawn cocktail with zesty sauce sebagai appetizernya. memang gila senang! rebus je udang tu, pastu bila dah sejuk sikit kopek kulitnya & sangkut je kat tepi gelas. letak sekali lettuce kat dalam cawan. pastu pencicahnya aku gaul kewpie mayonnies (pengaruh MasterChef Aussie) campur dengan sos cili, tomato & mustard, perahan lemon and tambah black pepper kisar. pastu masuk dalam peti ais. siap! fefeeling bubba gum, ikea mahupun victoria secret station tak? hahaha. next buat air, sprite campur ngan air mangga & perahan lemon. siap hias dengan payung & hirisan lemon tepi gelas lagik. ewahhhhh!

prawn cold cocktail & mango soda drink

pastu buat coleslaw; gaul carrot, kobis & kobis merah dengan mayonnies & perahan lemon. siap! pastu sauted vege with potato wedges pulak. goreng guna butter dalam pemanggang ajaib je. tambah black pepper, siap! 

chicken leg pulak perap dengan black pepper & kari. pastu bakar guna microwave dalam 15 minit, letak cheese, bakar kejap. pastu perah lemon & tabur daun paisley atas ayam. yeayy main course dah siap!


cheese black pepper chicken with coleslaw & sauted vege with potato wedges 

lagi 40 minit je laki nak balik, pukul 8 biji putih telur *untuk dua kek* dengan baking powder & bar besar coklat. masuk dalam cawan & bakar guna microwave seminit. terbalikkan atas piring & buh hirisan kacang badam. kacang ni aku kutip dalam kotak breakfast nestle fitness tu. hahaha.

chocolate souffle with almond

sebab masa yang terkekang makanya kad besday tu tak jadik lah buat grand-grand. buat simple envelop laju-laju & tampal kertas bongok-bongok je untuk tulis ucapan akibat dah dengar bunyi grill dikuak. takpe yang penting usaha tu. walau kad tak segrand yang dirancang & tak sempat nak buat makanan yang lain, rasa bangga bila tengok laki tersengih-sengih bukak pintu bila lihat makanan sedia terhidang atas meja. puas hati aii yawww.

tadaaaa!!!!

untuk encik laki terchenta, selamat hari jadi yang ke dua puluh tujuh. semoga segala impian tercapai dan sukses dalam apa jua yang dibuat. semoga juga terus berasa bahagia disamping isterimu meskipun isteri singamu ini semakin bulat. hahaha.

kad DIY yg hanya sempat siap separuh. inspirasi dari thecraftsdept.marthastewart.com

** entry panjang lebar ni aku karang semalam tapi tak sempat post sebab setengah jam lepas tulis tu aku berkejar ke Hospital Selayang untuk interview mangsa yang terselamat di dalam kemalangan maut bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 nyawa. Malangnya lapan mangsa yang dimasukkan ke hospital ini, semuanya kritikal. Moga mereka selamat hendaknya. Aminn.



Thursday 28 March 2013

Star Wars Art Director Roger Christian Eyes Malaysia for Next Film!


Miss me? Nay? Haha. It's been a while since my last post.. oh a very long time. Sorry guys T_T  I haven't been much of a blogger since last year. Too lazy too busy. I'll try my best to keep blogging, or just posting pictures maybe? Haha.

Ok, today I was really excited to get the chance to a last minute interview; Star Wars Art Director Roger Christian. Yeayyy! Prepared the questions in about 15 minutes and goes straight away to met him at Finas.

So, the interview went smoothly and miraculously I did not having stutter at all. Yeayyy!

Btw, 80 per cent news produced by me are in Malay. The rest, 20 per cent including today's interview, are in English. I'm more fond in Malay writing as I'm not good in English copies. T_T

But of course, in this case I have to write it in English as I interviewed him in English. So here's my English news, with minor touchup by the bosses. Love love love! I'm a happy staff today. :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

STAR WARS ART DIRECTOR EYES M'SIA FOR NEXT PROJECT

KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Star Wars Art Director Roger Christian is eyeing Malaysia as his next location to film and produce his upcoming zombie flick. 

Christian said Malaysia, besides being rich in culture, had great and suitable spots for filming the movie titled 'Temple of the Undead'.

He is currently in Malaysia for a corporate film project with the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) to attract investors to Malaysia.

He is working on the special effects and Computer-generated imagery (CGI).

"I have an idea for a movie or two, so this an ideal opportunity for me to come and explore if we could plan a movie here. So its been a very valuable trip.

"I want to make a very different movie, very ethnic and tribal zombie movie.. it will include scenes of a battle with headhunters... I see Malaysia is perfect for the filming," he told reporters after visiting the Digital Mix Stage Studio at the National Film Development Corporation of Malaysia (Finas) here today. 

He said the movie would be 100 per cent filmed and produced in Malaysia, which would be made in the veins of eye-popping visual effect-driven films like Sin City and 300. 

"We just got the ideas and the film is now in the process of writing and constructing, not yet at the shooting stage and I guess it will take a year to make the film.

"Malaysia has lots of great places so the shooting will be done in different places, also a little bit of jungle and featuring local talents," he said, adding that the cast also had yet to be finalised. 

Meanwhile, Christian urged local filmmakers to emphasise on their film quality in order to be on par with films from other countries, especially Hollywood.

He said, however filmmakers need to maintain and keep national identity in their film product in an effort to spread the culture, tradition and language globally.

"You have to find the passion and don't think about getting paid, fame and success, just go and make better movies.. not Hollywood movies but Malaysian, but with Hollywood standard.

"The equipment in Malaysia it's all there and what is required in post production must be world class, so get your hands dirty as you can't just learn from theory," he said.

Meanwhile, he said he had no plans and will not be returning to the new franchise reboot of Star Wars.

"The franchise is in a whole new world now, it's Disney's now," he said.

Christian won an Academy Award for art direction for the first Star Wars movie, which was later renamed Episode IV: A New Hope, in 1977, and was Oscar-nominated for his work on Alien. 

He directed the second unit on both Return of the Jedi and Star Wars Episode I: The Phantom Menace as well as other feature films including The Sender and Nostradamus, and directed Underworld and Battlefield Earth.

Meanwhile, Finas Chairman Datuk Md Afendi Hamdan welcomed Christian's desicion to carry out the shooting in Malaysia as it would bring benefits and profits to Malaysia, hence promote Malaysia to the world.
-- BERNAMA