Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Saturday, 13 November 2010

10 Favourite Love Songs

Merujuk perkara di atas, jgn harap gua akan selitkan lagu nyanyian Siti Nurhaliza, Justin Bieber, Yuna ( aku tak pernah excited pasal Yuna ) etc. dlm list of my all time favourite song. BLAHH! 
*note : list ini tidak mengikut turutan atau mcm carta muzik muzik pasal susah nk decide mana yg plg better. turut di sertakan skali cebisan lirik kegemaran dlm lagu2 tersebut.


Last Kiss by Pearl Jam (original version by Wayne Cochran)
"Oh, where oh where can my baby be? 
The Lord took her away from me
She's gone to heaven, so I got to be good
So I can see my baby when I leave this world..."
Drum pattern yg cool + sound gitar simple + vokal Eddie Vedder yg well known lunak maka terhasil la cover song yg berlirik puitis but senang faham.


Rest of My Life by Flop Poppy
"Like the stars that hang above me
Shining through like they see upon me
Make me feel so blue
My mind was set up to the memories of you
All the things that we've been through
Me and you..."

pic with Andy at Sunburst '09
Andy FP is one my favourite local heroes in music. lagu ni mmg direct towards a girl that deserved an eternal love.


I Won't See You Tonight (Part 1) - Avenged Sevenfold
"Sorrow sank deep inside my blood 
All the ones around me
I cared for and most of all I loved
But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away... "
As you all know i'm a big fan of A7X so no wonder la lagu ada dlm list. Lagu ni ada Part 1 & 2 tp gua prefer Part 1 pasal lebih clear and easy listen. (Part 2 full of screamo). 


Wonderwall by Oasis
"And all the roads we have to walk along are winding 
And all the lights that lead us there are blinding 
There are many things that I would 
Like to say to you 
I don't know how..."
Siapa2 yg minat lagu luar negara tp tak tau lagu ni mmg pathetic la. Lagu ni merupakan salah satu anthem for 90's. 


Good Riddance (Time of Your Life) by Green Day
"It's something unpredictable
but in the end it's right
I hope you had the time of your life..."
Kalau gua buat list Favourite Break-up Song, lagu ni confirm2 no. 1 dlm list. Best acoustic song ever by Billie Joe Amstrong siap secara spontannya menyebut f**k masa rekod lagu ni pasal tersilap masuk chord awal lagu ni (radio version takde part ni).


Unintended by Muse
"You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You could be the one I'll always love 
You could be the one who listens to my deepest inquisitions 
You could be the one I'll always love..."
This ballad song by Muse sgt2 touching kalau dengar dlm bilik yg gelap sorg2. sound yg kluar dari double bass + bunyi drum yg minimal + vocal falsetto Matt Bellamy mmg awesome. tp start dari album Black Hole & Revealation and yg terbaru skang ni, aku tak minat Muse da pasal byk unsur electronic yg tak boleh aku hadam. 


Your Guardian Angel by the Red Jumpsuit Apparatus
"Seasons are changing and waves are crashing
And stars are falling all for us
Days grow longer and night grow shorter
I can show you I'll be the one..." 
This band bukan la favourite band gua tp mood lagu ni ditambah dgn lirik yg boleh mencairkan hati wanita. hahaha... lagu ni sering kali jugak aku nyanyikan kpd mrs zulfo. dia suka n kata sedap. (semua lagu gua nyanyi dia ckp sedap, bias betul. hahaha...) 


Summer Romance (anti gravity Love Song) by Incubus
"So I call you on the tin can phone.
We rendezvous at a quarter-two 
And make sure we're alone 
I may have found a way for you and I to finally fly free..."
Gua rasa lagu ni ada double meaning, it's about a couple yg nk dating secara rahsia and happy together while got 'high'. hehehe... part solo saxophone before habis lagu ni mmg bunyi sexy. 

Write You a Song by Plain White T's
"I don't know that I'd make a good soldier
I don't believe in being violent and cruel
I don't know how to fight, but I'll draw blood tonight
If somebody tries hurting you..."
Lirik ni menceritakan ketulusan hati seorg laki yg tak kaya. perempuan materialistik sgt2 sesuai dgr lagu ni. Lirik pun mudah faham n straight forward.

last song make it the list adalah lagu Chinta oleh monoloQue. lagu ni maybe tak familiar bagi peminat2 baru monoloQue (ya, mereka semakin popular sekarang). actually lagu ni aku tau masa zaman myspace dulu, loque pun still kt US lg blajar sana. time to most of malaysian gila dengan lagu Teman Tapi Mesra - Ratu. untuk lagu ni, full lyric akan di share kt sini.

kau hadir bila tiba waktunya 
tidak diundang tak jua di pinta
walau ku lari namun kau tetap datang jua
keranamu chinta tak mampu menahannya
aku terus mencuba untuk lari dari chenta
kerana perit terasa sengsara tanpa kata kerana dusta

chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh chinta
terasa bahagia 
hanya menunggu saat dan tika

aku akan terus melangkah walau tak perlu owh chinta
aku yakin akan agungnya setianya ceritera yang tiada akhirnya

chinta abadi chinta
chinta padanya
chinta satu
chinta selamanya

Kenapa most of the song lebih kpd rock? pasal aku mmg major in rock. Kenapa semua lagu zaman moden rock? gua rasa lebih dekat dgn lagu2 moden rock pasal hidup zaman dia, bukan zaman the Beatles I Wanna Hold Your Hand. Kenapa lagu yg tak familiar pun ada dlm list? ehh..suka hati gua la, ni gua punya list.

OF_LUZ

Thursday, 7 October 2010

saya.primaryschool.rock (circa 1990s)

ini cerita, cerita budak membesar zmn 90s, bsama2 video game console mario bros, street fighter, penggemar suria baja hitam n power rangers, tukang pinjam komik mutiara naga ep. 1-43 (tak penah beli..yeahh), iklan 'karate fighter' yg mengiurkan (saye ade 1 set), kereta tamiya dash yonkuro, glory-glory man united (cantona & beckham).

tapi ini cerita, fokus ke arah muzik2 rock yg menusuk kalbu saye pd mase itu. taknak ulas panjang pasal minat ke arah muzik rock kapak, simple story - pengaruh media n sekeliling membuatkan saye menikmati bunyi-bunyian dari Search, Wings, BPR, Iklim, Slam etc. standard ar,  zaman 90s, tempias rock kapak still ade bai...Asal blk kampung je, dlm pjalanan tu, ayah saye pasang kaset lagu2 Scorpions, Alleycats, Iklim etc. maklum la, line radio takde mase on the way tu.

apart of that, saye ade dengar lagu band2 rock yg until today still layan. kire all time favourite ar. berikut detail2 tentang bibit2 perkenalan dgn bbrapa all time favourite band yg saye layan dari zaman primary school:-

Nirvana
kalau tak silap mase darjah 4, 1996 kwn skelas iaitu Mohd Iqbal Ismail (name fb die) pass kt saye album MTV Unplugged in New York. die ckp kaset tu abang die punye. mmg layan habis la beb. siap die kasi trivia lagi vokalis band ni da mati bunuh diri, haha... mase tu mane tau terms grunge2 ni, yg tau lagu die cool. after that, dpt dgr album From the Muddy Banks of the Whiskah. ni lagi cool, pasal bkn unplugged, so sound die raw n rock habiss..album ni dgr kt umh cousin. 
lagu pilihan - Smell Like Teens Spirit, About A Girl, Come As You Are, The Man Who Sold the World, Heart Shaped-Box. 





Green Day
mase kt dlm bilik cousin, saye geledah almari die, jumpe kaset Dookie yg cover album die pn da tertarik ngn artwork yg fancy.nasib baik mase ni tak tertarik sgt nk faham lirik2 lagu die yg byk negatif dari positif.
lagu pilihan - Basket Case, When I Come Around, Long View.


OAG
this is local act yg plg lain dari yg lain bg saye mase tu, yela bukak radio blom tentu dpt dengar lagu mcm dieorg. saye tau pasal band ni pon psl ade 1 rancangan kt tv3 mase tahun 1997 kalau tak silap, Alternatif name rancangan tu, die review band2 indie/underground. ade la die review pasal band like John Mistress, Nice Stupid Playground tp plg saye tertarik tentulah Oag dgn lagu 60's TV. video muzik die pon tak tipikal melayu. lps tu plak video What the Name of the Game slalu kluar tv psl official song utk FIFA Youth World Cup in Malaysia 1997.
lagu pilihan - da sebut da tadi.


Oasis
situasinya same ngn green day jugak, geledah almari cousin jumpe la album (What's the Story) Morning Glory. mmg tangkap leleh la lagu2 die.
lagu pilihan - Wonderwall, Roll with It, Don't Look Back in Anger.



to be continue...(saya.secondaryschool.rock)

FO_LUZ

Tuesday, 31 August 2010

Berbicara Tentang Merdeka dari Konteks Muzik



Ogos, 31 2010 - genap 53 tahun negara ku merdeka. terdetik di hati beberapa isu tentang jatidiri ini. 'apakah aku bebas dari penjajah sepenuhnya?'

Merujuk pada persoalan di atas, aku rasa aku sendiri tersangat2 la belum merdeka dari segi minda dan perlakuan. benar kata orang2 tua, budak zaman sekarang tak hargai kemerdekaan kerana tak pernah hidup zaman sebelum merdeka, malahan kita sendiri bukan hidup zaman pasca merdeka iaitu zaman selepas kemerdekaan, zaman negara kita masih terkial2 untuk menjadi sebuah negara yang bebas penjajah sepenuhnya. nikmat mengecapi kemerdekaan pada kita si kelahiran 80an dan seterusnya tidak di rasai kerana kita lahir di zaman negara yang maju memacu ke arah permodenan. (zulfo???apakah???)

agak bosan jugak la kalau baca bende2 yg aku tulis kt atas ni, cubaan bermonolog paling skema dari aku la kot. hahaha...senang ckp la, aku terfikir yg byk bende yg aku masih di belenggu dengan budaya barat. so this time aku nk fokus kpd contoh paling mudah, iaitu MUZIK. bg aku sendiri pun, memang straight to western la my choice of music (penggunaan bahasa rojak yang
tak di galakkan). ntah knp lagu2 rock dari barat mudah melekat dgn jiwa ni. mungkin sebab kita ni generasi MTV, bawaan barat. sesuatu benda yg aku benci nk terima yg aku hidup di zaman MTV. Cuma aku gembira sikit pasal aku tak terikut2 dgn budaya pop ciptaan MTV, Wonder Girl meletup, semua org nk pakai ringtone lagu No Body atau Justin Bieber (nmpk mcm lesbian even die laki?) top dengan lagu Baby, semua org nkpost lagu tu kt Fb. Itu sekadar beberapa contoh yg plg tipikal lately. sng ckp bg aku, i hate pop culture, but i do listen to some pop music. (ni da lari topik pulak.hahaha...) ok2, back to the main story, rakyat Malaysia jelas masih di jajah dari segi muzik oleh barat (termasuk la aku).

Revolusi muzik indie lokal lately ni at least bgus jugak pasal dapat tarik perhatian peminat muzik lokal dari terus mendewa2 kan pemuzik luar negara. even certain2 people get annoyed by 'Saya Jiwa Kosong' generation, but still, this generation comes from local breed. dari terus di buai dgn muzik boyan yg acuannya asyik2 same je (waliband, st12, kangenband dsb.), bagus jugak kite dgr local muzik. ada orang ckp, 'kalau kau nk nasionalis sgt bab2 muzik, pegi la dgr irama asli ke, tradisional ke. baru la betol2 merdeka'. gile lu, mmg tak leh masuk la beb. sbb tu la cubaan beberapa pemuzik lokal yg menerapkan irama tradisional dlm muzik moden dieorg aku sokong. ambik contoh la, Butterfingers dgn lagu Joget Global (elemen joget) dan Merdeka (elemen keroncong), dua2 lagu ni dari album Kembali, keluaran tahun 2008. at least aku tau muzik2 tradisional bunyi mcm mana. cubaan semacam ni setidak2nya dpt memperkenalkan kita kpd muzik tradisional. kalau tak, takut in the future, budak melayu tak reti nk beza irama joget dgn trance.

last word, aku takdela nk beria2 semangat nk sokong muzik tradisional ke ape, aku just renung2 kan citarasa muzik aku ni di pagi Hari Merdeka yg ke 53 bagi Malaysia yg tercinta. ni semua mungkin masalah minoriti bg rakyat Malaysia kalau di ambil kira kerana ianya hanyalah tentang muzik, iaitu hiburan ringan, tp inilah contoh yg plg simple n mudah utk di fikirkan mengenai topik minda rakyat yg masih terjajah.

Selamat Hari Merdeka Malaysia, moga aman makmur berpanjangan.

yang bersuara,
zulfo, sang minoriti di tanah melayu