Tuesday 31 August 2010

tolong kami, bantu kami anak-anak yatim piatu!


Rumahku Syurgaku.. istilah ini tidak terkandung di dalam kamus kehidupan anak-anak ini. Mereka tidak punya rumah yang dalamnya ada mereka yang dipanggil ibu, ayah, kakak, abang, adik mahupun nenek dan atuk!

Mereka ditakdirkan hidup tanpa merasai kasih sayang keluarga terutamanya ibu dan ayah sejak kecil lagi. Hakikat itu tentunya bukanlah perkara mudah untuk diterima oleh mana-mana insan termasuk kita apatah lagi di saat usia masih hijau.

Sedar tak oleh kita bahawa hati anak-anak yatim ini tentunya terhiris dan mudah sangat menitiskan airmata apabila melihat kanak-kanak sebaya yang beruntung hidupnya, dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Kan, beruntung sangat kita!!

Namun yang pasti, tanpa kemewahan, kekayaan dan kesenangan dunia, ternyata mereka merupakan insan istimewa yang dibekalkan kecekalan dan kekentalan jiwa untuk mengharung apa saja cubaan dan ujian yang datang. Mereka kuat tidak macam kita!

Kamu tahu tak, jikalau boleh mereka tidak mahu meminta-minta dan merayu simpati, biarlah ditelan sahaja dugaan yang menimpa, malah untuk menyusahkan kamu dan orang-orang lain tidak sesekali. Mereka juga punya maruah dan harga diri.

Tetapi kan, Ramadhan ini seperti Ramadhan-Ramadhan yang sudah, kita dapat lihat banyak sekali organisasi-organisasi besar berlumba-lumba untuk menyumbang kepada rumah-rumah anak yatim sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun makanan dan pakaian.

Tidak kiralah ikhlas atau hanya mahukan publisiti media, (tak mahulah raguikan keikhlasan orang kan), tetapi malangnya kebiasaannya perbuatan murni ini hanya bertahan setakat bulan Ramadhan sahaja.

Apabila tertutup sahaja gerbang Ramadhan dan kemudiannya Syawal, anak-anak ini ditinggalkan dan dilupakan, mereka hidup bagaikan kais pagi makan pagi, menjelang petang, tiada apa lagi untuk dikais! Mereka cuma ada rumah ini untuk bergantung harap yang dijadikan tempat berlindung dan membesar.

Mereka hanya akan disapa pada Ramadhan yang akan datang, dibelikan baju raya, dibawa jalan sini sana, diberi duit raya dan termasuk makan di hotel berbintang lima! Kamu tahu tak mereka tak hadap pun itu semua. Memang mereka perlukan wang untuk makan, untuk belajar dan meneruskan kehidupan tetapi mereka juga mahukan perhatian dan kasih sayang! Dapat makan di gerai kaki lima pun mereka cukup bersyukur tetapi tukang menderma yang gila publisiti itu pula yang kisah.

Bulan-bulan lain pun mereka mahukan perhatian kamu, kasih sayang dan masa, seperti yang kamu tunjukkan pada Ramadhan. Justeru tolong jangan berhenti di situ wahai kamu-kamu! Kitalah keluarga mereka, hanya kita yang mereka ada. :(

Kawan-kawan, baru-baru ini, Phondok Photography yang diketuai oleh Nik Muhammad Hafidz bersama kira-kira 40 lagi tukang tangkap gambar termasuk saya yang menyibuk menjadi tetamu di Rumah Ilham Yayasan Anak-Anak Yatim yang terletak di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

Kehadiran kami ke sana untuk memberikan keceriaan kepada kanak-kanak ini dengan cara mengambil gambar telatah mereka dan menghadiahkan gambar tersebut kepada mereka. Itu yang termampu kami lakukan. Ternyata penghuni Rumah Ilham ini mudah menguntum senyuman dan tidak henti-henti ketawa serta bergurau. Kan, mereka punya perasaan! :)

*penghuni Rumah Ilham*
*gambar wajib. abaikan muncung itikku. hehe*

Hari ini mungkin hari mereka dan tidak mustahil esok kita pula berada di tempat mereka. Makanya bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan sayangi ibu bapa kita :)

coretan Eylin.
p/s : Selamat Hari Merdeka!!~

Berbicara Tentang Merdeka dari Konteks Muzik



Ogos, 31 2010 - genap 53 tahun negara ku merdeka. terdetik di hati beberapa isu tentang jatidiri ini. 'apakah aku bebas dari penjajah sepenuhnya?'

Merujuk pada persoalan di atas, aku rasa aku sendiri tersangat2 la belum merdeka dari segi minda dan perlakuan. benar kata orang2 tua, budak zaman sekarang tak hargai kemerdekaan kerana tak pernah hidup zaman sebelum merdeka, malahan kita sendiri bukan hidup zaman pasca merdeka iaitu zaman selepas kemerdekaan, zaman negara kita masih terkial2 untuk menjadi sebuah negara yang bebas penjajah sepenuhnya. nikmat mengecapi kemerdekaan pada kita si kelahiran 80an dan seterusnya tidak di rasai kerana kita lahir di zaman negara yang maju memacu ke arah permodenan. (zulfo???apakah???)

agak bosan jugak la kalau baca bende2 yg aku tulis kt atas ni, cubaan bermonolog paling skema dari aku la kot. hahaha...senang ckp la, aku terfikir yg byk bende yg aku masih di belenggu dengan budaya barat. so this time aku nk fokus kpd contoh paling mudah, iaitu MUZIK. bg aku sendiri pun, memang straight to western la my choice of music (penggunaan bahasa rojak yang
tak di galakkan). ntah knp lagu2 rock dari barat mudah melekat dgn jiwa ni. mungkin sebab kita ni generasi MTV, bawaan barat. sesuatu benda yg aku benci nk terima yg aku hidup di zaman MTV. Cuma aku gembira sikit pasal aku tak terikut2 dgn budaya pop ciptaan MTV, Wonder Girl meletup, semua org nk pakai ringtone lagu No Body atau Justin Bieber (nmpk mcm lesbian even die laki?) top dengan lagu Baby, semua org nkpost lagu tu kt Fb. Itu sekadar beberapa contoh yg plg tipikal lately. sng ckp bg aku, i hate pop culture, but i do listen to some pop music. (ni da lari topik pulak.hahaha...) ok2, back to the main story, rakyat Malaysia jelas masih di jajah dari segi muzik oleh barat (termasuk la aku).

Revolusi muzik indie lokal lately ni at least bgus jugak pasal dapat tarik perhatian peminat muzik lokal dari terus mendewa2 kan pemuzik luar negara. even certain2 people get annoyed by 'Saya Jiwa Kosong' generation, but still, this generation comes from local breed. dari terus di buai dgn muzik boyan yg acuannya asyik2 same je (waliband, st12, kangenband dsb.), bagus jugak kite dgr local muzik. ada orang ckp, 'kalau kau nk nasionalis sgt bab2 muzik, pegi la dgr irama asli ke, tradisional ke. baru la betol2 merdeka'. gile lu, mmg tak leh masuk la beb. sbb tu la cubaan beberapa pemuzik lokal yg menerapkan irama tradisional dlm muzik moden dieorg aku sokong. ambik contoh la, Butterfingers dgn lagu Joget Global (elemen joget) dan Merdeka (elemen keroncong), dua2 lagu ni dari album Kembali, keluaran tahun 2008. at least aku tau muzik2 tradisional bunyi mcm mana. cubaan semacam ni setidak2nya dpt memperkenalkan kita kpd muzik tradisional. kalau tak, takut in the future, budak melayu tak reti nk beza irama joget dgn trance.

last word, aku takdela nk beria2 semangat nk sokong muzik tradisional ke ape, aku just renung2 kan citarasa muzik aku ni di pagi Hari Merdeka yg ke 53 bagi Malaysia yg tercinta. ni semua mungkin masalah minoriti bg rakyat Malaysia kalau di ambil kira kerana ianya hanyalah tentang muzik, iaitu hiburan ringan, tp inilah contoh yg plg simple n mudah utk di fikirkan mengenai topik minda rakyat yg masih terjajah.

Selamat Hari Merdeka Malaysia, moga aman makmur berpanjangan.

yang bersuara,
zulfo, sang minoriti di tanah melayu

Thursday 26 August 2010

A Trip Down Memory Lane


Oct 2005, yeahh...langkah pertama dalam bidang social networking. aku dpt track pun pasal baru td bukak friendster balik, ye aku tau agak lambat oct 2005 baru nk join social networking pasal most of kwn2 da start main since 2003, takkan pasal sape join dulu pun nk bangga, pegi la mamp.btw, aku bukak fs pasal saje nk usha2 plus nk bace posting2 blog yg lama2 aku tulis kt situ. lame gile tak bukak fs, tgk2 ade 1 friend request la pulak, awek pulak tu, fuff! skali tgk mcm familiar la, rupenye kekasih ku eylin la.ingat sape la td, *cehhh*. "awak, saye da approved awak tau" :D

sambil dok bace2 blog kt situ, berminat utk aku share 1 of the topic yg penah aku tulis kt situ, tersenyum sinis berseorangan (betul ke tatabahasa aku ni?). mane tak nye, topic yg aku tulis tu kononnye aku da evolve dari zmn kanak ke zmn dewasa, tp bile bace skang, rupenye mase aku tulis tu pun aku rase aku masih kanak jugak, psl topic die pun bende budak2. hahaha...tu gunanye internet, kan aku ckp, da mcm diari moden pulak blog or social networking ni, kalau tracking back, mmg tersenyum sorg2 la mcm org gile dpn pc.

ok2, title topic die, "COOL KE?". kt bwh nnti aku nk share balik penulisan aku tu, tp slepas di edit sikit2 ejaan bg menyesuaikan dgn masa, selaras dgn era globalisasi, *phewwit* (ayat bukan main, SPM bm dpt B4 jugak). here it is....



sometime i miss my past, sometime i hate to think 'bout it…sometime i feel like i wanna get my past back…”hey doc,bleh pinjam DeLorean tak”(kereta dalam back to the future tu la)haha..pengaruh tv btol aku ni..

“is it cool like this?”

“thats not cool…”

“cool dude..”

“thats suck, man...too casual..thats not cool”

argh…evrything is 'bout that damn word, “COOL”..sungguh hipokrit btol.thats one of my past which i hate it..too care 'bout those such lil bastard thing..i mean to be a cool person…terlalu ambil berat tentang ape aku pakai, muzik ape aku dengar, kat mane aku lepak…damn!those thing are really too preppy to care..SEKARANG….tak kesah…belasah je…at least i can less my stress on thinking 'bout those such thing…huhu…


p/s - ish2...zulfo ni, kecik2 da pandai cursing2, emo2, rant2. berjiwa anarki sungguh beliau.


ok lah, nk terus senyum sorg2 lg.
ciao.

yang benar,
teman lelaki eylin

Sunday 22 August 2010

DAMN U PENCURI KASUT, AKU SUMPAH KAKI KO BERKURAP!!!

I tengah sedih sangat2. berjurai2 air mata nih hah. tapi nangis air mata darah pon tak gune. kasut Nike kesayangan i aka hadiah besday dr Mr Zulfo, hilang dah 2 mggu dpercayai dikebas SETAN orang. puas i carik, dlm kereta & dlm rumah termasuk kat dapur, toilet, bawah katil, blkg peti ais, dlm henbag.. etc.. yelah tmpat2 yg tak mungkin i simpan kasut kat situ kan, tapi mane tau kan? tapikan sampai ke arini tak jumpe2!!

pelik kan mcm mane kasut tuh boleh hilang sedangkan i cuma tanggalkan kasut dlm rumah (iaitu kat belakang pintu) atau dlm keta aje. hmmm takkan kasut tuh boleh berjalan sendiri kan? atau tak mungkin ada org kail kasut tuh guna kayu panjang kat tingkap lalu mencurik kasut tuh semata2 kan? hei! tak mungkinlah kan! orang bodoh je yang akan bagi alasan mcm tuh!

buat pengetahuan mereka yg x tahu, i menyewa rumah ni sorg2 dah hampir 7 tahun, so xde lah nak kata teman rumah pinjam atau bawak lari kan. dan kasut yg diberi nama Nike Ballerina Elite tuh, Mr Zulfo baru belikan i dlm sebulan lebih yg lepas sebagai hadiah hari jadi i. kami masuk setiap outlet nike dlm Lembah Klang nih smata2 nak carik kasut tuh sampai lah kasut tuh tersarung kat kaki i. *sangat2 terkilan*

i tanaklah tuduh sape2 kan. kalau salah tuduh i jugak yang berdosa, yelah berdosa besar fitnah orang. makanya kepada yg TERcuri, mengambil, terambil atau niat hanya untuk meminjam, tolonglah pulangkan!!! kalau tidak saye tuntut di akhirat nanti ye! ;)

tapi i tetap nak bersangka baik, manalah tau i salah letak ke, mgkin terletak atas bumbung kereta tanpa sedar pastu start keta dan teros jalan atau mungkin kucing rumah sebelah tercurik kasut tuh ke atau mungkin i terbuang dalam tong sampah ke atau juga mungkin i tersimpan dalam laci menyimpan barangan sulit ke. yelah mane tau kan?

tapi ape2 pon, jika kasut tuh betol2 dikebas oleh manusia terutama jika org itu adalah kwn2 yg i percayai, makanya i sumpah orang yg curik kasut tuh agar kaki dia berkudis2 & berpekung2 & i x halalkan sampai mati!!!

GET ME!!??

*tinggal kenangan. sob sob sobbb :(*

tuan punye kasut,
Eylin

P/S : jika benar2 dikebas orang, sumpahan akan ditarik balik & i akan maafkan kalau kasut itu dipulangkan. ;)

Friday 20 August 2010

Do I Look Like I Care...?

well guess what, this gonna be my 1st rant. some might ask 'who want to read ur meaningless-wasted-straight to the bin blog?' for those who said that, DO I LOOK LIKE I CARE???if u hate it, just go and f**k urself. i dont need ur sympathy to read it. but wait, if u said my blog such a pathetic or what ever similar to that, means u had read my blog. muahahaha..GOTCHA..!

some might ask 'why u need to have a blog? is it not enough with facebook?' frankly speak, me n my tremendous gf ( sila bangga wahai cik eylin) just wanna write what ever we wanna write, 'memanjangkan apa yg bermain di benak fikiran' coz in facebook, those thing quite limited. example like 'what's on your mind' box, its a box for us to write some status to tell others friend, not to tell your whole life story. but some minority commonly misused that box by writing a long word and frequently update it every 5 minutes, most of it about expressing feeling on love, violent, enemy, cat fight (girl attacking other girl) etc. for me those behavior are totally annoying. hey, i hate to see my news feed full of crap story, its really disturbing me.

nowadays its like a taboo to writing a diary (lagu diari seorang lelaki - pretty ugly adalah exceptional, pasal itu adalah lagu). so by making a blog and use it as a diary, means 'ternyata anda menggunakan kemudahan yg sedia ada di zaman moden ini'. so i call it BLOG cum DIARY. i believe someday in the future, we gonna smile while we read back the content of our blog :D

some might ask 'who gonna read ur blog?'. they might be 3 group. 1st group, im expecting some of our FRIEND gonna read it if they concern on us. hey pal,if u read this, THANX YA..! 2nd group, our stalker, yes the STALKER. im sure all of us has our own stalker especially from facebook (lagi2 pasal facebook). i dont care is it a good stalker (friend) or a bad one (enemy). and for the 3rd group, they are the ACCIDENTALLY READERS, maybe from the free search engine Google, Yahoo etc.

last shout, sorry for my bad english writing.(at least i try laa...)

nukilan,
mr. Z (bukan nama glamour)

kakak gemox jual kek itu sombong dan boifren saye abiskan sume kek itu!

Betollah, tak tipu! kakak jual kek itu sombong gile! taulah kite beli kek paling kecik, siap dpt 20% diskaun lagik, tapi takyah lah muka nak masam2 sgt. Sib baik kek awak x masam, kalau tidakkkk.. ishhh ishhh. Ok mula2 minta tulis nama, dia kata xleh tulis psl xde ruang nak tulis, kek tlampau kecik. Tp i degil jugak nak tulis, so dia tulis nama ZUL dengan tidak ikhlasnye sambil tarik muke masam manis. Pastukan bila mintak lilin dia wat dunno je, i teros lah mintak kat cashier. Kakak tuh jadik bengang kot dia tros letak lilin kat atas meja cam campak2. Ishhh. Tengok2 dia bagi i cuma 2 bijik lilin yg amat comel saiznye. Ishhh lokek sungguh. Awak ingat bopren saye umo 2 tahun ke? :P

Ok ok, pastukan dlm hujan renyai2 yg seterusnya makin lebat, kami pon kuar date.. yelah nak potong kek tepat 12mlm katanya. Kami pon g lah PappaRich kat Rampai & bdating suka ria :x

Ding ding ding ding *efek bunyik jam* (cam cacat jek) hehe. Pastukan saat yang dinantikan, sesi tiup & potong kek pun nak bermula.. Taraaaaa!.. dan ketika itu lah baru kami menyedari rupa2nya kakak itu tak bagi pisau potong kek! kwang kwang kwang. arghhhhh menci menci menci. I hate u kakak gemox!

Ok dah tanak cite pasal kakak gemox, nanti terkutuk dia lagi, dosa lagi.. opsss alamak terkutuk lagi, hahaha :p Ok sekarang nak tunjuk gambar-gambar masa besday mr Zulfo tepat pukul 12 malam. Dan berikut adalah aksi2 manja ganas mr bopren yg amat excited mnyambut hari peningkatan usianye. Xpe forever young kan sayang? ;)

*ape ape pon kena mulakan ngn posing tunjuk baju baru dulu ye kwn2*
*saye pon nak posing jugak smbil jakun nak tayang lengging ari2mau*
*perot saye yg comel da bbunyi, saye makan dulu, awak tengok saje ye. teehee*
*ape jeling2? takut org curik kek budak umo 2 tahun tuh ke? :p*
*happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to Zulfo, happy birthday to u!!*
*potong kek pakai garpu! cam senget. hahaha*
*posing. posing. posing & posing selamanya*
*dari kiri: check sms hepi besday dr para peminat, teruja baca kad 3D kaler pink yg super duper amazing itu & baca nota cinta dlm botol yg tjumpe terapung dlm sungai (ok saye sgt tipu part yg last) hahaha*
*basically WE ROCK. So i understand if you're JEALOUS. hahaha*
*posing dgn kek versi poyo (kiri) & versi bajet comel (kanan) :x hahaha*

Happy Birthday Sayang, may the joy of this day surround you all year long!! (banyak tol ucapan dah nih) :x Oklah, nak tito, buhbye! Nyte nyte!

Loves,
Eylin

Thursday 19 August 2010

..dan meraunglah mesin timbang itu..!!

Pejam.. celik.. pejam.. celik.. pejam.. ehhhh celikkkk! xmo tros pejam awal lah -_- ishhhh

Hukhukkk, okehhh dah 9 ari pose kan & sepatutnya dah turun 9kilo kan? :P (berangannn) tapi kan kenapa kan berat kan macam makin maju kan? (berapa banyak kan lah), perut pun kan macam makin... kan (owhh tak sanggup nak cakap) leh pikir sendiri kan.. kan kan kan?

Tadi kan (kan lagi), pagi2 bangun.. salah cakap, tengahari bangun.. :P teros berlari ke mesin timbang pasal malam tadi mimpi mesin timbang kat uma nanges2. *nonsense sungguh* pastu kan mendapati jisim badan ni dah bertambah seiring dengan penambahan makanan sodap lagi lazat tiap kali berbuka :P

Makanya tatkala kaki memijak ke atas mesin timbang itu, meraunglah dia. huwaaaaaaaa.. dan aku pon menanges, meratap bersama2 (drama air mata). *dah dah jangan nanges, nanti buka pose makan eskrim eh* ;) hehehehe.

*gambar pinjam nak tunjuk betapa mesin itu meraung, kesian kan? kan? kan?*

Btw, gambar yang bawah ni plak menggambarkan bile kekasih tersayang saya mr Zulfo (ehhh ada kekasih lain yang kurang sayang ke?) hehehe.. memijakkan kaki di atas mesin timbang..

*hehehe. ok jom jogging! :P*

Sebenarnya kan, kita kan, kan kan, :P masih rasa janggal lah.. alaaaa berblogging lah! rasa cam berbual dengan diri sendiri lah plak, rasa cam ckp sorg2 *mental* dan mcm buka pintu bilik yang cam tongkang pecah nih *ulang tongkang pecah* untuk tontonan jiran-jiran & masyarakat jelata lah plak... hehehe. yelahh pengalaman pertama menaip di blog sendiri.. ehh, share.. :) selalunye kat fesbuk aje.. hmm.. aneh nyeee!! :D
Ok ok. Berbalik kepada topik asal, camne eh nak bagi mesin timbang tu brenti meraung? ;) Hoho :x

saye yang gemox,
eylin

p/s : gambar2 ke'HAPPY'an mr Zulfo menyambut hari tuwenya *forever young lah* akan diUPload malam ini yehhh.

1st shot ever maa...


mane gua reti nk menulis siot, intro ni pun bape kali delete. btw, baru balik dari celebrate birthday gua yg ke 14 with my amazing gf laa. typing error yg di sengajakan pulak, birthday yg ke 24 laa. byk kali cik eylin pesan, balik umah kene terus check blog ni. mmg tak sangka la punya detail cik eylin buat blog ni, decoration berbagai, ingat simple2 je. ternyata org pompuan lebih teliti berbanding laki2. khabarnye 2 hari tido x cukup cik eylin buat blog ni. fully appreciate your effort my darl. first shot mem'blogging mana boleh tulis panjang2. lepas ni cik eylin kene buat kelas tusyen la ajar nk deco2 bende ni. lame da tinggal mende2 deco ni since stop main myspace. last shout, happy birthday to myself, 24 tahun bittersweet of life, masih terus bernafas, Alhamdulillah.

ciao,
Z to the U to the L to the F to the O

Wednesday 18 August 2010

Happy birthday boy... ehhh boyfriend!!

*klu rabun seperti saya sila klik pada gambar untuk besarkan kad* ;)

Merindukanmu adalah hobiku,
merawatmu adalah pekerjaanku,
membuatmu bahagia adalah tugasku,
dan mencintaimu adalah hidupku.

Aku berdiri kukuh dan berkata,
aku bersama kamu,
hingga akhir masa.

Salam Ulangtahun yang ke-24, Zulfo Mahadi.
Moga kamu tabah menghadapi hari-hari mendatang,
dan moga hubungan kita mendapat keberkatan.
Aku sayang kamu!

Kamu sayang aku tak? ;)

hehehe.

p/s : maaf ye terpaksa post awal :)


Jari,
Eylin

Cobaan pertama! Fuhhhhh!

Dear en Zulfo, ingat tak anda bahawa saya telah berjanji nak buat blog untuk kita kongsi dlm 2, 3 bulan yang lepas? Tapi mesti u ingat i ni cakap je lebih, tapi tak buat-buat kan? Ahhaaaa! Anda silap! Maaf ye pasal mengambil masa yang sangat2 lama, saje nak tunggu masa birthday u. ;) Dulu u beriya2kan nak tunjuk bakat menulis, makanya jangan jadikan blog nih mcm gajah putih okeh. Maaf ye kalau blog ini terlalu girlish dari mata u, penat cuba 'menjantankan'. Hahaha. Tapi comel kan? (cakap ye! i tak cukup tidur k nak siapkan) :P teeheeee

Btw, masih tak terlambat kan nak jerit.. Surpriseeee!!!!!! hahaha. So, gempak tak gepren u? :P

Untuk rakan-rakan, blog ini bukan semata-mata untuk bercerita tentang jiwa lara okeh. Ia adalah blog carca merba, merepek & merapu yang akan diconteng oleh kami berdua ketika takde keja. Hehe.

Owh, nak kuar pegi beli kek lah! Ciao!

Jariku,
Eylin