Thursday 28 October 2010

tolong jangan!

Do not offer me things. 

Do not offer me clothes. Offer me attractive looks. 
Do not offer me shoes. Offer me comfort for my feet and the pleasure of walking. 
Do not offer me house. Offer me security, comfort, and a place that is clean and happy. 
Do not offer me books. Offer me hours of pleasure and the benefit of knowledge. 
Do not offer me records. Offer me leisure and the sound of music. 
Do not offer me tools. Offer me the benefits and the pleasure that come from making beautiful things. 
Do not offer me furniture. Offer me comfort and the quietness of a cozy place. 
Do not offer me things. Offer me ideas, emotions, ambiance, feelings and benefits. 

Please, do not offer me things. 


๑۩۞۩๑.............................................................................................................๑۩۞۩๑


Secara jujurnya, aku amik kata-kata tadi itu dari sebuah buku milik rakan aku, 'The Nature of Strategic Management'. Aku salin balik setiap perkataan yang ada kat situ oleh kerana aku rasa ia sangat menarik. 


Kalau kamu pun rasa ianya menarik, tolong, jangan bagi aku 'barang'. Bagi sesuatu yang boleh menjadikan hidup aku lebih senang sekarang. 

Kamu boleh berikannya dengan 'bank-in' kan saja dalam akaun bank aku! :p 

muahahahahaha!!! ^_^


.e y l i n.

Sunday 24 October 2010

Makan Malam Hari Ahad Yang Sempurna?

Kau tengok jam dah pukul 7 malam. Dan kau rasa perut kau amat perlu diisi dengan sesuatu kerana ia dah mula merintih kelaparan. Maklumlah berdiet. Malah kau juga tahu, kau tak perlu turun ke food court bawah kerana kau tahu, teman baik kau akan bawakan makanan.

Dan kau berasa bersyukur kerana itu. Kau bercadang untuk makan sambil tengok cerita hantu yang tidak berapa seram itu.

Tapi tak mengapa, sebab kau tahu, nasi ayam itu, bersama potongan-potongan ayam, sup dan sambal itu akan tetap bersemadi di dalam perut kau. Juga terdapat lontong goreng yang dah lama tak kau rasa, hadir memeriahkan menu makan malam ini. Dan, sebotol sirap sebagai pembasah tekak.

Jadi, kau berfikir, hari Ahad yang indah, dan selalu harus jadi begini. Kecuali teman baik kau bawak lauk sayur sebab kau tak suka sayur. Potong stim.

Kemudian, apa yang kau tahu, teman baik kau dah mula keluarkan makanan, dan kau bergegas mengambil pinggan di dapur. Makan malam percuma sambil menyaksikan cerita hantu, juga percuma dipinjam dari akak sebelah rumah.

Perkara kemudian yang kau tahu, kau sudah kekenyangan, dan bersandar di dinding sambil berangan-rangan.

Sambil menonton televisyen, kau minum air sirap yang sudah berpindah sedikit dari botol ke dalam cawan jernih kau.

Kau rasa ianya hidangan makan malam yang cukup sempurna?

Bila kau ingin meneguk air sirap di cawan kau buat kali kedua kau baru perasan sesuatu di dalam cawan kau.

Seekor anak lipas yang kecil, hampir saja kau tak perasan, sedang bersemadi dengan tidak aman di dalam cawan kau. Dan kau tahu, bangkai itu telah hampir sebati dengan air sirap kau, kerana warna lipas kecil itu hampir kemerah-merahan. Menandakan bahawa lipas itu bukan termasuk di dalam cawan kau, tetapi botol yang berisi air sirap itu.

Dan kau pandang botol itu. Lebih dari separuh isipadu di dalam botol itu telah hilang. Hilang menerusi tekak kau, dan juga teman baik kau.

Kau beritahu teman baik kau, dia dengan yakin menyatakan lipas jahanam itu bukan berasal dari botol itu. Separuh jiwa kau berbelah bagi? Setengah untuk mempercayai kenyataan teman baik kau, dan separuh lagi kuat menyatakan ianya memang berasal dari botol itu.

Tapi, beberapa ketika kemudian kau nampak teman baik kau pergi ke dapur untuk membuang air sirap yang masih berbaki di dalam botol itu sambil mengeluarkan isi anak tekak dia.

Dan kau rasa ianya masih makan malam hari Ahad yang cukup sempurna?



Saturday 23 October 2010

manual pasang antenna rumah yang terlampau serius..



Nasihat yang tersangat berguna.

Jangan makan antenna!
Jangan baling antenna anda kepada pasangan anda!


Baiklah, saya ikut. Terima kasih!
E y l i n

Ambition ♥ Direction



Subjek : Cita-cita dan Arah

Tiba2 trasa ada idea nk buat entry baru, idea ni dtg mase tgh dok layan game Pro Evolution Soccer (PES) kt PC.How come bleh dpt idea sambil main game?? coz aku ade edit myself as a playable character dlm PES ni, name dlm game tu Sergio Zulfo (Spanish okay?).Then tringat mase zmn dulu2, pernah la bcita2 nk jd professional football player, kalau boleh nk wakil Perak dlm Piala Malaysia (around late 90's team Perak sgt dominan okay, tak mcm skrg). Mase tu jugak fanatik habis ngn Man.Utd. Pls note that mase tu takde TV satelit like Astro, so my source hanyalah weekly EPL preview kt TV2 n sometimes dieorg ada siarkan live game, slalunya FA Cup n occasionally EPL game (sgt2 jarang la ade). Another source is from magazine like Match, Shoot & Arena Bolasepak. Slalu dpt magazine ni pasal sbg upah jage adik while my mum pegi shopping mall. Knape tak berjaya jd professional football player? c'mon la.. this is malaysia okay? couldn't go far la i tell u.muahahaha...

Another ambition while in primary school is to be a lawyer coz aku rase im a talkative person n kuat berbetah. tp cita2 ni ripped pasal ada la sorg kwn ni, die ckp "bdosa la jd lawyer pasal mana tau nnti ko kene defence org jahat, tak pasal2 dpt dosa bsubahat". that time kata2 cmtu mmg mbunuh impian la. fikiran budak2, biase ar tu.

Lps tu cita2 berubah, nk jd dentist la pulak.knape dentist?pasal aku mmg 'regular customer' kt klinik gigi dlm skolah, tiap2 tahun kene tampal gigi berlubang coz gigi aku rongak mase skolah rendah. so aku amatlah memahami bahana sakitnye proses tampal gigi yg di lakukan doktor gigi kerajaan. sbb tu la cita2 nk jd dentist supaya dpt mberikan servis yg tak sakit kpd pesakit (murni sungguh niatnye).lps tu mase skolah menengah pulak, ramai di kalangan kwn2 bile tanye cita2 mesti nk jd doktor bedah la, doktor kerajaan la, doktor cucuk sendiri la. so lain la sikit bile org tanye cita2 ape? "doktor gigi", even kwn2 ckp nnti aku kene face dgn stink breath. hahaha..c'mon la, pkai facemask kot mase keje.Knape tak berjaya jd dentist?psl blaja bebal la. masuk abroad school mase secondry hancur kott.takdir campur malas.

Bile dpt result SPM yg so-so je tu, including BM yg dpt B4 je tu, mule la pening fikir nk further study course ape n kt mane. serius sh*t mase tu harap dpt masuk universiti buat diploma through borang UPU tu. tp takdir tak menyebelahi, nk buat cmne kn. nk harap dpt masuk matrix mmg haram la coz result pun so-so. in that time jugak ade isi borang politeknik, tp serius sh*t jugak mmg blur nk apply course ape psl aku mmg tak minat ngn blaja teknikal2 ni. slalu impikan nnti nk keje as a white collar worker, tak main kotor2 ni. knape tak apply course2 admin? sbb aku dgr rumours yg keje admin ni gaji sikit la, susah dpt keje la. so termakan ckp rumours2, tak apply la course2 admin ni. so apply la course mechanical engineering in airconditioning & refrigeration ngn yg satu lg da lupe la course ape. bile dpt masuk poly, kire mcm tak spenuh hati la psl tak minat pun. target mase tu blaja just nk dptkan diploma je. btol ckp org, tak kenal maka tak cinta. mase semester 4, kene pegi praktikal, that time baru rase feel pkejaan sbenar. that time baru realize yg aku bminat la jugak ngn engineering2 ni.

Short of the story, now aku keje dlm engineering field even tak penah bcita2 pun nk keje mcm ni. knape tak sambung degree? that's another story, pjg cite. so konklusinya, utk mencapai cita2 kite kene ade direction. direction ni pulak kene dpt guide dari org yg lebih bpengalaman. so my next target, nk teruskan khidupan with knowledge n realistik dgn peredaran masa. then after that boleh la contribute dlm menentukan direction org lain, khususnya adik2 n anak2 someday. if aku tak tolong guide dieorg, takut nnti jd mcm aku yg direction n cita2 berubah2 sblm ni.

p/s : tak faham knape kt malaysia technical worker gaji rendah banding dgn negara2 maju lain. then pemikiran org melayu pulak, white collar worker di pandang tinggi, yg pakai necktie pegi keje itu dianggap berjaya. LAME! 

zal wau lam fa wau

Friday 22 October 2010

owhhh snapping fingers takde bunyi..

Hari itu, ketika aku sedang melayan keletah anak buah aku, Arfa, 5 tahun,
dia seperti biasa tak habis-habis menyanyi & menari.

Tetiba dia nyanyi satu lagu yang aku familiar, aku selalu nyanyi masa budak-budak dulu.

Assalamualaikum,
Kom apa?

Kombat.
Bat apa?

Bat man (*sambil mengangkat tangan ala-ala nak terbang mcm Superman*).
Man apa??

Men tol (*sambil snap-snap jari tapi tak berbunyi*)

Aku hairan.
Kenapa kuis-kuis jari???
Apa kaitan petik-petik jari macam tu dengan mentol.
Mentol kan bulat.
Ke ni mentol automatic yg dimaksudkan.

Lalu aku,

"Kakak, salahlah. Sepatutnya macam ni." (*sambil buat bentuk bulat menggunakan jari*)

Dia dengan kondipennya menjawab,

"Betullah orang buat." (*sambil snap-snap jari lagi*)

Dia sambung lagi dengan ekspresi muka yang tak puas hati.

"TOL. TOL. (*sambil snap-snap jari lagi*).. Kan ke tol selalu je ambik duit kita, sikit-sikit duit. Tol duit. Tol duit. Betullah orang buat macam tu" (*katanya sambil snap-snap jari lagi*)

Aku speechless lantas lagu ni terlintas dalam kepala otak aku;

Duit.. Duit.. Di mana kau duit *sambil snap-snap jari*!! 



e y l i n
p/s: aku snap jari pon tak berbunyik jugak! :p


Thursday 21 October 2010

Delightful Lazy Sunday ♥


Weekend lepas, Zulfo bawak saye jenjalan kat kampung halaman tercintanya kat Lenggong. :) Dia jugak teman geprennya shopping sakan kat Taiping Sentral. :P I bought a super cute lace+flowers maxi dress, a skort & 3 pairs of wedges! Now maggie mee will be my choice for this month. Padan muka! Hahaha. :(

Malam tu i check in kat guest house dekat rumah fam zulfo, harga cuma rm60.. not bad.. while my sayangness tuh balik bermanja ngan his fam. hehehe. Summore, his mum cooked for us and it was super awesome especially mee udang yg ada udang banyak-banyak tuu. Wahhhhhhhhh.

Pastu kan on Sun, kami jalankan hobi kesukaan kami iaitu dating, dating & dating. Hahaha. Kitorg jenjalan kat Taman Tasik Taiping, naik duck boat & gelakkan masing-masing bila cerminkan diri kat cermin ajaib. :P Hahaha. Even though the weather are so hot, the sky was so pretty and we took like a gazillion pictures! We were such camwhores! Sakan kau! Hahaha.


*Sean San wedding@Ipoh*

Worst Thing about Holidays?..They ALWAYS End!!

-Eylin

what an 'Eylin' want ;)


If you wanna be TOGETHER, you must TO-GET-her.
Hehehe. So..
a
Be her..
a
- Best friend (so she can tells problems)
- Big brother (so he can protect her)
- Little brother (so she can scold him)
- Baby (so she can fuss over & cuddle him)
- Councellor (so she can ask advice)
- Boyfriend (so she can be cuddled & loved)
- Girlfriend (so he can accompany her shopping)
- Joker (so he can make jokes when she's feeling down)
- Nurse (to take care of her while she's sick)
a
..and she shall be yours! ♥
a
Too much to ask?? :P Hahaha.
a
ايلين
P/S: Omaigosh! Can you imagine what if would be like if there were two of me? haha.

Wednesday 20 October 2010

Letter to Life

Dear Life,

What's up? I want to let u know that I'm now far from lonely since I'd found the other part of me on 12th March 2010 a.k.a duabelasharibulantiga. I don't want to lose it, so I'd pinned it into my heart, permanently for sure. 

p/s:I'm listening to Oasis - Let There be Love while wrote this letter :)

LFO_ZU                  

Tuesday 19 October 2010

i love hugs. i love him.



The world would be a better place if we smiled more often and hugged a bit longer.  

Sometimes a good, long hug is all a person needs to brighten their day. Have you given one today?

*HugS*
Eylin

Monday 11 October 2010

lelong air mata. murah-murah!


kalau air mata boleh dijual, mesti aku dah kaya raya, boleh aku goyang kaki bawah meja.
kalau boleh jual, akan ku tadah, akan ku titip bagi tak tumpah.
kalau boleh jual, akan ku minta kau tikam hatiku, bikin aku terus merana.
kalau boleh jual, akan ku gembira kerana hasrat kau itu berjaya.
a
sedih. air mata terus tumpah.
a
hmmm.
a
kalau lah puteri gunung ledang ada, akan ku tolong sediakan tujuh tempayan air mata.
tapi air mata aku murah, takkan laku dijual, tak megah diratah.
nak jual kat pasar raya? kat tepi jalan pun diludah hina.
a
kesian kan?
a
hoi!
air mata darah lagi power, takat air mata jernih kau, orang tak heran, orang tak layan!
a
pathetic!
a
*diam. menghirup secawan ketenangan*
a
tolonglah.
aku tak mahu air mata ini lagi.
nak kirakan, dah bergelen-gelen air mata ku tumpah sejak 1985.
aku titi hidup berliku sendiri. 
berkali aku jatuh. berkali bala menimpa.
namun aku bangun tanpa keuntungan yang menyambut.
aku kesat air mata. kuatkan hati. kuatkan diri.
cuba kau cuba jadi aku, seinci lagi tentu kau gila.
a
*kesat air mata*
a
terima kasih hati kerana sabar meneman aku untuk gagah.
terima kasih pada kau kerana memaksa diri untuk memahami.
terima kasih pada musuh, yang menggalak derita aku.
a
makanya, aku redha. aku senyum. terpaksa.
-Eylin

Saturday 9 October 2010

Aku; Pencari Makna Hidup?



Jam menunjukkan 2.20 pagi dan aku tak mampu untuk melelapkan mata. Mungkin lewat tadi aku dah tertidur dan sekarang waktu tidur aku telah habis digunakan untuk hari ini. Penat aku terkebil-kebil atas toto dan penat aku dengar lagu-lagu dari telefon bimbit aku, juga penat mencermin diri sedalam mungkin sebelum tidur.

Aku merenung dalam ke cermin empat segi tepat yang aku jumpa masa mula-mula masuk menyewa di rumah ni. Semakin dalam aku merenung, semakin banyak persoalan yang timbul. Seharusnya aku mampu punyai tafsiran atas apa yang aku cari, sekurang-kurangnya untuk masa ini, tapi aku menjadi keliru bila memandang dalam wajah aku. Aku selami tepat ke anak mata aku dan aku hampir tidak menemui apa-apa. Cuba untuk merenung dengan perasaan gembira, dengan perasaan sepi dan dengan perasaan bangga. Tapi aku tak dapat melihat apa-apa dalam cermin itu.

Cuma aku sedari, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku tak punyai matlamat dalam hidup. Dan juga aku sedari aku memang cute. Hahahaha.

Aku sedari hidup aku pada waktu ini kehilangan arah tujuan. Agak mengusutkan kepala aku juga apabila aku terlupa makna hidup aku ketika ini. Bebas tapi tanpa arah tujuan. Seperti 7 tahun yang lepas. Aku cuma sedari masa berlalu pantas dan jauh meninggalkan aku bila aku tercampak di daerah asing dalam hidup aku. Tapi sekarang tempat itu menjadi bandar kedua terpenting bagi aku. Tempat yang banyak aku habiskan masa. Sepatutnya.

Dalam diri aku, aku hanya mulai jumpa matlamat dan membina strategi hidup aku bila aku mula mengenal cinta. Cinta yang seharusnya membawa aku ke satu atmosfera yang selesa dan mendamaikan. Cuma kadang-kadang aku lupa, cinta itu fleksible. Dan tiap-tiap satu benda yang wujud di dunia ini punyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kalau tidak, masakan terwujud berbagai ayat yang membawa makna berbeza, terbina bagi menggambarkan cinta itu.

Cinta itu buta. Cinta tiga segi. Cinta akan membawamu ke mari. Aku cinta padamu. Pengkhianat cinta. Laskar Cinta. Kerajaan Cinta. Kelab Jiwa Luka. Pangeran Cinta. Cinta Seorang Penggali Kubur. Cinta Gila. Singkong dan Keju. Cinta Mat Rempit. Cina Buta. Bunga-bunga Cinta. Tergamak Kau Cinta.

Aku sangka aku akan menjadi statik bila aku punyai cinta. Tapi malangnya aku statik di posisi yang tidak memihak kepada aku. Seharusnya aku sedari sejak awal lagi, sewaktu aku mula berhenti. Malangnya, kehidupan aku memaksa aku bergerak pantas. Hinggakan aku menyangka yang aku turut bergerak laju dalam soal ini. Tidak sama sekali. Hanya wujud satu khayalan yang terbina secara semulajadi. Menayangkan aku satu bentuk halusinasi yang berjaya membuatkan aku berfikir, "aku betul". Aku tepat. Strategi berjalan lancar.

Bila aku mengalami satu tamparan realiti, barulah aku tersedar. Sebuah tamparan yang jauh meresap dalam jiwa dan kalbu. Sampai aku termangu. Di mana dalam jiwa aku tersembunyi satu perasaan mengalah yang hampir muncul. Resapan yang dalam hampir membangkitkan niat.

Nasibnya, aku masih lagi dalam keadaan koma. Masih dalam keadaan statik, yang menyebabkan perasaan mengalah itu wujud dalam bentuk fantasi. Serik. Aku perlu menyusun kembali hidup aku. Dan perlu sekali lagi mendefinisikan makna hidup.

Namun, tatkala ini, hati aku menjerit kuat. Mempersoalkan kenapa perlu menjadi orang lain. Menjual jiwa sendiri. Mencabul etika. Rasa amarah yang bangkit tiba-tiba. Seperti melihat bayangan orang lain dalam refleksi cermin.

Demikian. Ikut hati, mati.

Mujur ada minda yang waras menenangkan. Dengan mudah, minda yang waras menidakkan kata hati. Tapi, aku sedari, masih ada persoalan yang perlu dijawab. Bertanya minda, apakah yang menjadi jawapan. Jawapan pada pencarian ini?

"Dah, pergi tidur. Esok kerja pukul 8 pagi."

Jawapan yang aku dapat. ;)



๑۩۞۩๑.............................................................................................................๑۩۞۩๑


ee wai el ai en~

Thursday 7 October 2010

saya.primaryschool.rock (circa 1990s)

ini cerita, cerita budak membesar zmn 90s, bsama2 video game console mario bros, street fighter, penggemar suria baja hitam n power rangers, tukang pinjam komik mutiara naga ep. 1-43 (tak penah beli..yeahh), iklan 'karate fighter' yg mengiurkan (saye ade 1 set), kereta tamiya dash yonkuro, glory-glory man united (cantona & beckham).

tapi ini cerita, fokus ke arah muzik2 rock yg menusuk kalbu saye pd mase itu. taknak ulas panjang pasal minat ke arah muzik rock kapak, simple story - pengaruh media n sekeliling membuatkan saye menikmati bunyi-bunyian dari Search, Wings, BPR, Iklim, Slam etc. standard ar,  zaman 90s, tempias rock kapak still ade bai...Asal blk kampung je, dlm pjalanan tu, ayah saye pasang kaset lagu2 Scorpions, Alleycats, Iklim etc. maklum la, line radio takde mase on the way tu.

apart of that, saye ade dengar lagu band2 rock yg until today still layan. kire all time favourite ar. berikut detail2 tentang bibit2 perkenalan dgn bbrapa all time favourite band yg saye layan dari zaman primary school:-

Nirvana
kalau tak silap mase darjah 4, 1996 kwn skelas iaitu Mohd Iqbal Ismail (name fb die) pass kt saye album MTV Unplugged in New York. die ckp kaset tu abang die punye. mmg layan habis la beb. siap die kasi trivia lagi vokalis band ni da mati bunuh diri, haha... mase tu mane tau terms grunge2 ni, yg tau lagu die cool. after that, dpt dgr album From the Muddy Banks of the Whiskah. ni lagi cool, pasal bkn unplugged, so sound die raw n rock habiss..album ni dgr kt umh cousin. 
lagu pilihan - Smell Like Teens Spirit, About A Girl, Come As You Are, The Man Who Sold the World, Heart Shaped-Box. 





Green Day
mase kt dlm bilik cousin, saye geledah almari die, jumpe kaset Dookie yg cover album die pn da tertarik ngn artwork yg fancy.nasib baik mase ni tak tertarik sgt nk faham lirik2 lagu die yg byk negatif dari positif.
lagu pilihan - Basket Case, When I Come Around, Long View.


OAG
this is local act yg plg lain dari yg lain bg saye mase tu, yela bukak radio blom tentu dpt dengar lagu mcm dieorg. saye tau pasal band ni pon psl ade 1 rancangan kt tv3 mase tahun 1997 kalau tak silap, Alternatif name rancangan tu, die review band2 indie/underground. ade la die review pasal band like John Mistress, Nice Stupid Playground tp plg saye tertarik tentulah Oag dgn lagu 60's TV. video muzik die pon tak tipikal melayu. lps tu plak video What the Name of the Game slalu kluar tv psl official song utk FIFA Youth World Cup in Malaysia 1997.
lagu pilihan - da sebut da tadi.


Oasis
situasinya same ngn green day jugak, geledah almari cousin jumpe la album (What's the Story) Morning Glory. mmg tangkap leleh la lagu2 die.
lagu pilihan - Wonderwall, Roll with It, Don't Look Back in Anger.



to be continue...(saya.secondaryschool.rock)

FO_LUZ

Friday 1 October 2010

I'll always ♥ you, no matter what!



He sees me. He sees who am i. He sees what others are to busy or to blind to see. He sees me.

When I see problems, he sees the possibilities in them. And I am thankful for that. A shoulder to lean on. A hand to hold. A person to love. That's him. And I absolutely adore him.

๑۩۞۩๑.............................................................................................................๑۩۞۩๑

         
What I love about you,

I love that you love me. ;)
I love how perfectly your hand fit in mine.
I love how we met and fell in love.
I love the way you said I love you.. it feels good. Really good.
I love the little sweet things you do.
How you were so interested in my life and what I was doing.
How you remembered everything I said to you perfectly.
When you texted me randomly (as little as that may be).
Sitting at the table with your family and enjoying myself and you.
Taking pictures with you and you made the best faces I’ve ever seen.
How you told me I looked great every time we saw each other - despite how untrue I thought it was.
I love how you always reach for my hand when you drive.
I adore how romantic you are.
I love the way you smell.
Your laugh & your smile.
Loves a guy who can cry in front of her without being embarrassed.
What a loser you are, because I am too.
I love to watch you eat.
How you admitted defeat and say sorry when I wouldn’t let you win a fight.
The way you made the butterflies in my stomach flutter every time I saw your smile.
With you I feel safe & sound.
I love that we are best friends.
And, of-course, your intelligence, because you were smart enough to fall in love with me ;-)

I love you more than a bird loves a tree, I love you more than mice love cheese, I love you more than a fish loves the sea!

No matter how bad things get, you've always been the one reason that I am thankful for my life everyday and I wouldn't wanna trade places with anyone. I hope I am the same to you. 

My only subject was you. I love you, whole-heartedly.

Eylin ♥

I don't Hate Chelsea, I just Mighty Hate them

Why???

 - ain't got no history club
- they played anti-football that is ruining the game (JANJI MENANG STYLE!)
- just because you score more goals than others, doesn't mean u play a beautiful football
- to win a title, you need a person who owns an oil rig to become the chairman! (soon it will be man.city)
- "....and where money can buy everything" 
- short-termist (squad for today but not for 'tomorrow')
- chelsea = a contingent of 30-somethings players, no future for youth development. keep this thing up, good for us!
- Hall of Tears! - do you remember John 'the criedbaby' Terry? (best moment)
- Q: What's the difference between a Chelsea supporter and an onion?
  A: No one cries when you chop up a Chelsea fan!
- FRAGILE MATERIAL!ONCE BROKEN CONSIDER SOLD - didier 'dive-then-moan' drogba, a player who look like a well gifted footballer, flying around while attacking, but not inside the penalty box area, (penalty diver).
- people claiming to be life long chelsea fans when I swear I've seen them wearing a manutd/liverpool circa 2002 and before. why? here are the fact :-
   Season  Position - Points
1992-93 11th - 56 pts
1993-94 14th - 51 pts
1994-95 11th - 54 pts
1995-96 11th - 50 pts
1996-97 6th - 59 pts
1997-98 4th - 63 pts
1998-99 3rd - 75 pts
1999-00 5th - 65 pts
2000-01 6th - 61 pts
2001-02 6th - 64 pts
2002-03 4th - 67 pts
** HERE COMES THE TURNING POINT MONEY INJECTION **
2003-04 2nd - 79 pts
2004-05 1st - 95 pts
2005-06 1st - 91 pts
2006-07 2nd - 83 pts
2007-08 2nd - 85 pts
2008-09 3rd - 83 pts
2009-10 1st - 86 pts

- 'sweet' question for chelsea fans to sum up everything, 'Where were all the fans before the arriving of Russian Roullette'?
- which one u prefer, chels**t or chels**k?
- i hate chelsea because of....urmm...no rationale was needed anymore, it was self-evident
- to all the butthurt aka chelsea fan, sorry for any inconvenience caused ;)

p/s - just because we never went to the real EPL games, doesn't mean we are not a true fans, we just
far away.
- u can't blame on us why we so much passion on EPL games every weekend, u should blame the goverment and the media for bring up this around.

written by ~zal wau lam fa wau~