Sunday 25 August 2013

kekal tenang dan terus baca kamus!


Siapa yang cakap Bahasa Inggeris aka English tu tak penting, aku rasa kau masih duduk bawah Gua Tempurung (gabungan gua dan tempurung). Siapa yang perkecilkan usaha untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kononnya mengagung-agungkan bahasa mat saleh, juga adalah bodoh. Kasar? Maaf cakap, engkau memang bodoh.

Aku tak kata yang tak pandai cakap english itu bodoh. Kau tak bodoh kalau tak pandai cakap dalam bahasa mat salleh tu. Tak dosa pun. Aku pun terang-terang tak pandai, english pun berterabur, so takkan aku nak cakap aku ni bodoh kan?

Tapi yang cakap english tu tak penting, yang pandang enteng, yang momok-momokkan kononnya tak hormat bahasa ibunda sendiri sebab asyik ber'speaking' bagai dan yang takde usaha nak belajar langsung, itu yang aku kata bodoh.

Bodoh. Bongok. Stupid. Fool. Dumb.
'Dah tau bodoh tapi taknak belajar'. Keras tapi tu yang aku pegang. Aku memang kejam dengan diri. Selalu maki diri kalau salah. Selalu marah diri bila tersilap. Tetapi selalu pujuk diri bila kalah.

Aku dulu pun macam orang-orang pendek akal ni. Pandang enteng, "Ah, aku kat Malaysia, bukan luar negara, bukan penting sangat pun English ni. Asal aku paham orang cakap sikit-sikit dah lah."

Masa kecik dulu adalah mak ajar speaking, ialah mak aku kan orang Singapore. Dah sah-sahlah bahasa orang putih ni makanan dia. Tapi yang peliknya, tak pulak jadi makanan aku bila aku ningkat remaja. Grammar terabur. Vocab hancus. Pronouncation jauh lari.

Orang kata takat nak speaking masa nak beli makan, nak tanya toilet kat mana atau nak pandu arah kat mat salleh sikit-sikit tu lepas laaa. Simple and super broken english kata kau.

Tapi yang peliknya masa UPSR aku mampu lah jugak skor B, PMR pun B, SPM pun B!. Berbeza dengan Bahasa Melayu; skor A dari UPSR sampai SPM. Pastu entah camne entah masa exam english kat sekolah menengah boleh jugak dapat A atau B. Pastu lulus MUET lagi. Samada aku ni bernasib baik atau cikgu rabun masa tick paper aku atau standard jawapan yang rendah. Haha.

Masa aku masuk MIIM tahun 2003, aku tak amik subjek 'English for Communication' sebab boleh transfer credit SPM yang aku dapat B tu. Aku punya sukalah time tu. Pastu masa aku dalam semester lima, nak cukupkan kredit, aku amiklah subjek Public Speaking. Masuk sekelas dengan bebudak sem satu ke dua masa tu. Lecturer sorang Melayu time tu nak ber'speaking' saje.

So masa presentation, aku dengan Fify ber'public speaking' dalam bahasa Melayu tentang pentingnya mempertahankan bahasa ibunda sendiri dari membanggakan bahasa asing. Nak perli lecturer tu lah konon. T_T Elehh, sedangkan aku yang tak reti speaking pastu nak kata orang lain banggakan bahasa asing. Rasa bodoh dan memperbodohkan orang yang tak bodoh. Okay sekarang aku rasa bertambah bodoh. Haha.

So bila kesedaran aku datang? Hujung tahun 2006! Umur 21! Masa tu aku buat part time event kuda, FEI World Cup Jumping Final, aku ditugaskan bahagian admin & F&B. Tapi pada hari ke berapa entah aku kena jaga dan bawak pusing stadium, sorang fotografer yang tersangatlah popular kat UK, Tim Flach namanya. Bayangkan dengan limitednya English aku dan limitednya ilmu dalam perkudaan ni, sepatah dia tanya sepatah aku jawab. Dua patah tanya, dua patah lah jawabnya T_T

So kat situ mula kesedaran timbul. Kalau aku nak berjaya, kalau aku nak kerja bagus dan kalau aku nak bergaul dengan ramai orang, aku perlu upgrade tahap english tu. Kemuncaknya bila awal tahun 2007, aku mulakan buruan untuk mencari kerja tetap, kebanyakkannya company yang kecik-kecik. Yang besar aku mintak Bernama je, kat ruang iklan kerja dalam The Star.

So ada satu company arkitek kecik, bossnya sorang nyonya, suh aku datang untuk interview. Bila aku sampai dia marah-marah sebab aku lambat (sedangkan dia kata datang petang, bila-bila masa). Tapi yang paling aku sentap bila dia kata aku tak layak kerja tempat dia sebab english aku tak power & vocab aku limited. Dia kata dia rugi kalau amik aku kerja sebelum dia marah-marah aku lagi. Gila sedih aku masa tu.

Pastu apa perasaan kau bila tengok budak kecik seawal empat tahun dah pandai speaking? Sentap tak? Engkau sendiri sampai sekarang merangkak-rangkak. Pastu apa perasaan kau bila kawan-kawan sebelah kau semua berlawan tekak dalam bahasa yang kau langsung tak expert?

So kat situ aku tekad untuk baiki English aku. Bukan sebelum ni aku tak cuba, tapi otak aku dah tepu, masuk telinga kanan pastu pantul keluar balik, tak sempat nak keluar telinga kiri. Dulu ada je aku beli satu set buku & video cecah dekat RM2,000 dari Worldwide Learning, ke bawah katil jugak perginya. Tak effisien langsung.

Bila masuk Bernama ada lah jugak g kelas Bahasa Inggeris. Ada sorang cikgu datang ofis dan belajar weekly untuk dua bulan. Beribu jugaklah ofis habis duit tapi takde perbezaan, sebab dia ajar dengan cara teori bukan praktikal.

So aku start baca kamus! Yup kamus. Aku suka yang online ni; Rujukan Dewan Bahasa. Pastu aku banyak komen dalam forum-forum kat internet guna English, tengok penggunaan ayat orang lain jugak, kat situ sikit-sikit kau akan nampak bezanya. Pastu aku suka dalam terpaksa (sekarang dah suka) baca novel-novel dalam english. Mana perkataan yang pelik sikit & tak pernah dengar, aku terus cari dalam kamus.

Bonus bila aku dihantar ke English Sub Desk untuk dua bulan tahun ni. Gila banyak aku belajar. Bila kita terpaksa translate & edit berita dari Bahasa Melayu ke English, lama-lama akan jadi kebiasaan dan kita ingat. Kamus vocab bertambah dalam otak. Menulis pun dah kurang teragak. Alhamdullillah.

Tapi aku tak kata aku dah bagus. Tak. Aku masih sama cuma bertambah sedikit keyakinan dan sedikit perubahan berbanding enam tahun yang lepas. Aku masih terkemam, tergagap dan hilang kata-kata, kadang-kadang bila bercakap dengan manusia. Tapi kini ketika tugasan antarabangsa samada di kedutaan-kedutaan, forum-forum atau makan malam, tidak lagi sekaku dahulu dan dah boleh bergelak ketawa, biarpun masih ada lagi masalah limited tu dalam bahasa. Alahhh ubah sikit-sikit lagi baik dari tak ubah apa-apa kan?

Memang aku menyesal sebab sia-siakan zaman muda. Memang aku menyesal sebab tak belajar sungguh-sungguh. Dan memang aku menyesal kerana tak cuba terrorkan english aku ni sejak remaja. Tapi kita tak pernah tua untuk belajar. Kita tak pernah terlambat untuk kaut ilmu. Walaupun masa tu umur aku dah berangka enam puloh tahun. Kelas takk nenek-nenek speaking english bagai? Hihihi.

Aku percaya dengan usaha, apa sahaja boleh berubah. Dengan usaha apa sahaja boleh berjaya. Dan dengan usaha juga kau mampu melakar masa depan yang lebih indah. Aku juga percaya bodoh itu boleh diubah. Boleh diubah juga dengan usaha. Pendek kata, apa kau nak, kau kena berusaha.

Bagi suara-suara yang tak bersetuju dengan entry aku kali ni, aku nak tegaskan yang aku tak pernah belakangkan bahasa aku. Kalau tak, dah konpom-konpom aku tak tulis melayu dah wei. Bahasa ibunda keutamaan, tapi tak salahkan kita kuasai bahasa tambahan?

Pasni nak belajar bahasa isyarat, bahasa jawa, bahasa sarawak, kecek kelate semua. Hahahaa.


No comments: