Thursday 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia!


Hari ini cuti umum kan? Hari kamu bergolek-golek & bersenang-senang kan? Esok kamu kerja kemudian bersenang-senang lagi pada hari minggu kan? Kemudian setelah penat bergolek gelentang, kamu pun makan kuih raya yang tinggal serdak-serdak kapur tu kan? Kan kan kan? ;)

Kamu tahu tak hari ni saya bekerja dan kamu tahu tak rumah saya takde kuih raya walau barang satu jenis pon? :( Ok, tak payah amik tahu, itu semua tak penting pasal kalau ada kuih raya nanti budak-budak datang rumah mintak duit raya. *pokai*. hahaha. :x Tapi kamu tahu tak hari ini tahun pertama kamu diberi cuti pada tarikh 16 Sept?

Kamu tahu tak hari ni hari apa? Ye, saya tahu hari ni hari Khamis tapi kenapa kamu semua cuti? Ok ok, hari ni kita bercuti saya keje sebab sambutan Hari Malaysia lah! Tahun ni sambutan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini sebab buat kali pertama kerajaan mengiktiraf tarikh ini sebagai sambutan peringkat kebangsaan iaitu cuti umum kebangsaan. :)

Saya takmo taip panjang-panjang ape tuh Hari Malaysia kat sini okeh, so sila merajinkan diri mewikikan diri anda. :) http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

Makanya warga Malaysia, Selamat Hari Malaysia, Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti sakan!!

Saya anak Malaysia,
Eylin

No comments: