Monday, 11 October 2010

lelong air mata. murah-murah!


kalau air mata boleh dijual, mesti aku dah kaya raya, boleh aku goyang kaki bawah meja.
kalau boleh jual, akan ku tadah, akan ku titip bagi tak tumpah.
kalau boleh jual, akan ku minta kau tikam hatiku, bikin aku terus merana.
kalau boleh jual, akan ku gembira kerana hasrat kau itu berjaya.
a
sedih. air mata terus tumpah.
a
hmmm.
a
kalau lah puteri gunung ledang ada, akan ku tolong sediakan tujuh tempayan air mata.
tapi air mata aku murah, takkan laku dijual, tak megah diratah.
nak jual kat pasar raya? kat tepi jalan pun diludah hina.
a
kesian kan?
a
hoi!
air mata darah lagi power, takat air mata jernih kau, orang tak heran, orang tak layan!
a
pathetic!
a
*diam. menghirup secawan ketenangan*
a
tolonglah.
aku tak mahu air mata ini lagi.
nak kirakan, dah bergelen-gelen air mata ku tumpah sejak 1985.
aku titi hidup berliku sendiri. 
berkali aku jatuh. berkali bala menimpa.
namun aku bangun tanpa keuntungan yang menyambut.
aku kesat air mata. kuatkan hati. kuatkan diri.
cuba kau cuba jadi aku, seinci lagi tentu kau gila.
a
*kesat air mata*
a
terima kasih hati kerana sabar meneman aku untuk gagah.
terima kasih pada kau kerana memaksa diri untuk memahami.
terima kasih pada musuh, yang menggalak derita aku.
a
makanya, aku redha. aku senyum. terpaksa.
-Eylin

No comments: